Setelah tampil kurang menyakinkan ketika membawa skuad bawah 23 kebangsaan (B-23), nasib Brad Maloney kini menjadi tanda tanya buat kalangan pemerhati bola sepak tempatan.
Rata-rata penyokong kini tidak lagi begitu berharap mengenai masa depan Maloney bersama skuad muda negara apabila aksi yang ditampilkan di pentas antarabangsa boleh disifatkan agak teruk.
Skuad Harimau Malaya B-23, jalani latihan terakhir di Padang Latihan Pakthakor sebelum berdepan Vietnam bagi aksi terakhir Kumpulan C Piala Asia B-23 2022, Uzbekistan.
Anak buah Brad Maloney ini akan beraksi di Stadium Lokomotiv pada Rabu, 8 Jun 2022 jam 9 malam waktu Malaysia. pic.twitter.com/67pdEXGDC8
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 7, 2022
Sebelum itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ada menyatakan mereka telah meminta laporan khas daripada Maloney sebelum apa-apa keputusan dibuat.
Terbaharu, FAM memberi perkhabaran mengenai status Maloney hanya akan diketahui sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang bakal berlangsung pada 21 Julai ini dan bukannya pada hari Rabu.
Jelas Mohd Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung FAM, mesyuarat pada hari Rabu ini hanya bertujuan untuk mendengar dan menilai prestasi pasukan kendalian Maloney sebelum itu dalam kejohanan disertai.
Menurut beliau, Scott O’Donell selaku Pengarah Teknikal FAM akan membentangkan serta memberi cadangan mengenai penambahbaikan skuad muda kebangsaan di depan Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden FAM bersama ahli teknikal yang lain dalam mesyuarat tersebut.
“Kita hanya bawak laporan-laporan teknikal dan terpulang kepada jawatankuasa untuk menilai laporan itu dan mereka akan buat keputusan.
“Tapi apa-apa keputusan hanya akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Eksekutif pada 21 haribulan. Selalunya selepas Jawatankuasa Eksekutif bermesyuarat, kita akan da sidang media dan masa itu mungkin ada keputusan yang sudah diputuskan,” katanya kepada Arena Metro.
Untuk rekod, skuad B-23 kebangsaan dilihat gagal menyinari dalam tiga kejohanan disertai sebelum itu dan nasib Maloney dilihat agak negatif untuk terus berkhidmat bersama pasukan ini ekoran kegagalan menghasilkan sebarang keputusan agak positif.
Segalanya tampak tidak kena ketika skuad kendalian Maloney hanya terkandas di peringkat Kumpulan B dalam saingan Piala AFF Februari lalu apabila tewas dua kali di tangan Laos.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan C, Piala Asia B-23 2022 | Rabu, 8 Jun 2022
VIETNAM 🇻🇳 2-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Nham Manh Dung 28’ Bui Hoang Viet Ang 45+8 (Pen)#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/LfJLVxaZpj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2022
Setelah itu, harapan umpama kembali memutik apabila Malaysia dilihat beraksi dengan agak baik pada awalnya dalam kejohanan Sukan Sea di Vietnam sebelum mereka mengalami kekalahan di tangan tuan rumah serta gagal untuk sekurangnya menggapai pingat gangsa setelah ditumpaskan Indonesia.
Kemuncak kegagalan skuad muda kebangsaan ini apabila mereka gagal untuk mengutip sebarang mata di peringkat Kumpulan C dalam tiga aksi dilalui dalam saingan Piala Asia 2022.