“Berhenti Sebelum Ada Yang Mati Kena Tikam” – Troy Deeney Tak Gemar Keraian Penyokong Serbu Masuk Padang

Troy Deeney Penyokong

Penyerang veteren Troy Deeney menggesa pihak pengurusan Premier League (PL) dan FA England untuk bertindak ke atas tindakan penyokong menyerbu masuk ke padang untuk meraikan kejayaan pasukan.

Menurut penyerang Birmingham City tersebut, sebelum berlaku senario terburuk seperti ada yang mati ditikam dan sebagainya, tindakan tersebut seharusnya dihentikan.

Pada Selasa minggu lalu, penyerang Sheffield United, Billy Sharp telah diserang selepas aksi separuh akhir play-off EFL Championship berdepan Nottingham Forest.

Pertahanan Swindon Town, Mandela Egbo pula tercedera semasa keadaan yang sama berlaku pada Khamis ketika pasukannya menentang Port Vale, sementara pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira pula mengalami detik berhadapan dengan penyokong Everton pada petang yang sama.

“Kamu tak mahu pengawal berada pada situasi bahaya, tetapi sekarang ini seolah-olah jika penyokong mahu berlari masuk ke dalam padang, mereka boleh,” ujar Deeney.

“Apa yang perlu dilakukan untuk mengubahnya? Jika ada pemain yang diancam dan kemudian bertindak membalas dan kemudian penyokong itu cedera bagaimana?

“Pemain itu akhirnya dihukum dan mungkin dikenakan tindakan penjara, dan barulah semua orang nak bercakap tentang cara untuk mengelak dari berlaku.

“Dari sudut lain, apa pula berlaku jika ada pemain terbunuh? Apa terjadi kalau ada pemain yang ditikam? Selepas itu apa? Adakah itu masih salah pemain? Kemudian apa lagi?”

Kejadian terbaharu, penjaga gol Aston Villa, Robin Olsen turut diserang oleh penyokong Manchester City ketika perlawanan pada Ahad lalu.

Perkara tersebut mendapat perhatian pengurus Villa, Steven Gerrard yang mengakui pesukannya tidak sempat keluar dari padang dalam keadaan selamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN