Bergson Cuba Sampaikan Mesej Kepada Seseorang Melalui ‘Gesture’ Keraiannya

Bergson 'gesture' jari bersilang ledak gol

Apa yang cuba disampaikan oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson melalui ‘gesture’ keraian gol penyamaannya malam tadi?

Beliau berhasil meledak gol penyamaan dua minit selepas Selangor FC meledak gol pembukaan perlawanan pentas final Piala Malaysia 2022 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang, Caion.

Babak pertama telah berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan 1-1 dengan dua gol terhasil di penghujung babak pertama.

Penalti dihadiahkan pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin selepas Matt Davies dipersalahkan kerana menjatuhkan Caion di dalam kotak penalti.

Ia bermula menerusi hantaran lintang rendah yang dilepaskan Mukhairi Ajmal dari sebelah kiri gawang gol yang dikawal Farizal Marlias. Caion berjaya melepasi kawalan Davies sebelum bek kanan JDT itu terpaksa menghalang gerakan yang cuba dilakukan oleh penyerang Selangor itu.

Namun, ia tidak bertahan lama. JDT kembali ke dalam perlawanan selepas Bergson pantas menyamakan semula kedudukan dua minit berselang.

Ia hadir menerusi sepakan penjuru yang diambil oleh Arif Aiman yang ditanduk kemas penyerang berbisa Harimau Selatan itu untuk ‘The Red Gaints’ kembali ke bilik persalinan dengan penuh rasa kesal di minda.

Selangor sedikit menguasai perlawanan namun gagal memanfaatkan beberapa peluang boleh gol yang mereka dapati. Malah sepanjang babak pertama, Selangor yang lebih banyak mencipta percubaan dengan lapan berbanding enam oleh JDT. Satu percubaan tepat dilakar kedua-duanya.

Gesture Bergson JDT gol Selangor
‘Gesture’ keraian gol Bergson ketika menentang Selangor. FOTO: Unifi

Bergson meraikan golnya dengan sederhana kerana mereka bukanlah sedang mendominasi aksi. Tetapi, ada sesuatu yang menarik perhatian.

Penyerang berusia 31 tahun itu dilihat melakukan satu ‘gesture’ ketika meraikan golnya itu. Ia adalah simbol jari bersilang (crossing fingers).

Mengapa beliau membuat ‘gesture’ sebegitu? Kita tahu ‘gesture’ lazimnya setiap kali meledak gol, namun kali ini Bergson tidak melakukannya.

Mungkin apa yang kita boleh tafsirkan adalah apa maksud jari bersilang itu sendiri. Ia memberi maksud untuk tuah. Mungkin beliau mengatakan golnya membawa tuah buat pasukannya selepas mereka ketinggalan satu gol.

Beliau berharap golnya mampu membawa tuah untuk JDT bangkit daripada ketinggalan seterusnya memenangi perlawanan ini pada wisel penamat.

Selain itu, jari bersilang juga adakalanya membawa maksud membuang nasib malang. Malang buat JDT apabila ketinggalan satu gol dan malang buat JDT apabila ada pemainnya yang dilayangkan kad kuning awal oleh Nazmi. Selain itu, malang juga buat mereka apabila menghadiahkan penalti.

Mungkin Bergson mahu membuang nasib malang menerusi ‘gesture’ keraian golnya sebentar tadi. Dan, seperti ia membuahkan hasil apabila Fernando Forestieri meledak gol kedua pada minit ke-59 dan ia menjadi gol kemenangan buat mereka merangkul semua kejuaraan domestik.

JDT bangkit untuk menewaskan Selangor 2-1 untuk menjulang trofi Piala Malaysia buat kali ke-3 selepas lima kali mencuba sejak edisi 2013.

Semuanya BOLA cuba mendapat pengesahan lanjut mengenainya dan menurut maklumat yang diperolehi, pihak kami difahamkan Bergson cuba menyampaikan mesej kepada kekasihnya tetapi tidak dimaklumkan lebih tentangnya. Diharapkan mesej tersebut sampailah kepada kekasih hatinya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN