“Bergelut Dengan Prestasi Semasa Dan Kecederaan” – Jang Suk-won Import Pertama Tamat Kontrak Bersama Kedah

Khidmat pertahanan import Kedah Darul Aman (KDA), Jang Suk-won sah menjadi pemain pertama ditamatkan kontrak untuk pertengahan musim ini setelah dikhabarkan secara rasmi menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Menerusi laman rasmi tersebut, penamatan kontrak lebih awal itu disebabkan permohonan  Jang yang ingin mendapatkan rawatan bagi pemulihan jangka panjang akibat kecederaan dialami.

“KDA FC dan Jang Suk Won telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal selepas mempertimbangkan permohonan pemain tersebut untuk mendapat rawatan pemulihan jangka panjang.”

Menurut laman rasmi tersebut, Jang merupakan pemain yang beraksi dengan sangat baik pada awal musim ini selaku pertahanan import baru KDA untuk bergandingan bersama pemain lain.

Namun konsistensi pemain ini tidak bertahan lama apabila dihantui masalah kecederaan dan bergelut untuk mendapatkan kembali prestasi asalnya sehingga posisi tersebut amat goyah.

“Walaupun bermula baik di saingan awal Liga Super, beberapa siri kecederaan pemain dan bergelut dengan prestasi semasa, slot Asia akan diisi oleh pemain baharu dalam masa terdekat bagi mengisi slot yang dikosongkan,” jelas laman Facebook rasmi KDA.

KDA juga dikhabarkan bakal membawa masuk pengganti import baharu untuk posisi Jang di slot Asia dalam masa terdekat dalam usaha untuk memantapkan kembali pasukan tersebut yang bakal beraksi di saingan AFC.

Jang mula beraksi untuk KDA pada awal musim ini selaku salah seorang import baharu kelab tersebut yang membuat sedikit rombakan bagi terus mencabar kejuaraan domestik serta beraksi di pentas AFC tidak lama lagi.

Sebelum itu beliau telah membuat penampilan bersama Melaka United selama tiga musim dan beraksi dengan sangat cemerlang selaku salah seorang pertahanan import Liga Malaysia (Liga-M) sehingga memikat staf kejurulatihan KDA.

Bekas pertahanan Ulsan Hyundai itu juga mempunyai pengalaman beraksi bersama pasukan kebangsaannya iaitu Korea Selatan pada tahun 2009 serta pernah bermain di J2 League bersama Fagiano Okayama.

Selain Jang, KDA juga pernah mendapatkan dua lagi pemain import dari Korea Selatan iaitu Namkung Woong serta Bang Seung-hwan pada era kejurulatihan Tan Cheng Hoe.

Seorang lagi khidmat pemain import KDA dijangka tamat lebih awal adalah Dennis Buschening. Pemain penyerang itu kini masih lagi sedang menjalani rawatan panjang setelah mengalami kecederaan yang agak teruk ketika aksi persahabatan lalu.

Tiga jangkaan pemain import bakal dikekalkan oleh pengurusan adalah Marc Vales, Ronald Ngah Wanjah, serta Dechi Marcel.

KDA juga dikhabarkan bakal mendapat seorang lagi khidmat pemain tempatan baharu untuk menambah kekuatan kelab tersebut.

Sumber:
Kedah Darul Aman FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN