Salah seorang penyokong Selangor iaitu Nur Syuhada telah pun berkongsikan mengenai pengalaman beliau di Stadium Petaling Jaya, selepas menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kesayangannya menentang Negeri Sembilan.
Menurut Syuhada, beliau telah pun dimalukan oleh salah seorang pekerja pasukan tersebut dengan seolah-olah dirinya telah dianggap telah melakukan jenayah.
“Semalaman saya menangis sebab pikir, kenapa salah seorang pekerja #Selangorfc sanggup malukan saya dengan memberitahu pada Marshall supaya tahan saya bila ada dalam Stadium MBPJ semalam.
“Game Liga Super Sfc vs N9 26 May tu saya kena marah sampai saya menangis dalam Stadium! Adakah saya seorang penjenayah? Saya ada bawa bom ke? Saya ada bawa asid ke? Atau kalau saya ada dalam Stadium MBPJ , semua orang dalam tu akan MATI?
“Saya pergi Stadium duduk tak kacau orang, tak maki player tak maki coach tak maki management, saya hanya enjoy the game dan rakam moment2 terindah yang sedang berlaku yang suatu hari nanti akan hanya tinggal kenangan.
“Kenapa harus saya seorang yang nak ditengok dan diperhatikan? Orang lain pun ada juga! Salah ke rakam moment2 di dalam stadium? Bergambar dengan player pun satu jenayah?
“Adakah hanya saya seorang perempuan sahaja yang bergambar dengan player?? Perempuan lain tak ada? Adakah itu satu jenayah yang boleh meragut nyawa orang ramai?
“Saya sanggup berhabis ribuan ringgit, masa dan tenaga untuk sokong team selangor fc HOME & AWAY tanpa ada Sponsor!! Tak kira friendly game atau piala ‘syok sendiri’ yang orang bercakap, saya tetap hadir.
“Saya tak pernah nak minta selangor fc sponsor saya.Sampai orang ingat saya disponsor oleh Selangor fc sebab saya promote Selangor FC di semua platform social media saya.
“Peminat Selangor pun tanya macam2 pada saya tentang merchandise dan tentang penjualan tiket. Macam saya pulak staff Selangor FC.
“Tapi saya jawab apa yang saya tahu dan HASUT orang ramai untuk TURUN KE STADIUM. Saya buat ni ikhlas dan semuanya PERCUMA! sampai ramai yang kata Selangor FC patut beri perhargaan pada NUR SYUHADA !! Tapi saya kata pada mereka , tak payah la. Orang lain lagi layak dari saya.
Salah ke saya sokong Bolasepak Liga Malaysia? Salah ke saya tengok semua perlawanan pasukan2 bolasepak? Salah ke sokong team2 Liga Malaysia? Saya pergi semua guna duit sendiri, tiada siapa2 pun sponsor saya.
“Saya tengok bola sebab itu minat saya. Saya tak pilih untuk tengok konsert, saya tak pilih untuk pergi clubbing yang melagho kan, saya pilih untuk habiskan masa , tenaga dan duit saya untuk sokong bolasepak Malaysia.
“Adakah ini satu JENAYAH besar pada Lelaki yang telah memalukan saya di depan Marshal semalam?
“Rasanya semua kenal saya dengan ‘SYUHADA FAN SELANGOR FC’ walau pun saya pergi mana mana perlawanan, tak kira game team lain dan game MALAYSIA. FAM , MFL pun rasanya dah kenal Nur Syuhada sbb kat mana mana pun saya ada.
“Adakah seorang PEMINAT BOLASEPAK bernama NUR SYUHADA seorang penjenayah yang perlu ditahan dan di MATA2 bila didalam Stadium?
Saya sangat2 kecewa dengan Encik A yang telah memalukan saya. Bukan setakat di Stadium Mbpj, Stadium Darul Aman pun saya kena walaupun saya ada tiket ALL ACCESS dari KDA FC .Tapi saya diamkan aja ikut kan apa dia nak.
“Sebab malas nak bising2. Saya datang Stadium Sorang2 pun ramai yang triggered.Kalau macamni la layanan yang saya dapat dari Selangor FC ( beberapa ) Saya sangat2 kecewa dan sedih kerana PENGORBANAN selama ini dengan menyokong pasukan kesayangan saya , tidak dipedulikan bahkan memalukan saya lagi.
“MAAF, jiwa perasaan saya tidak stabil ketika menulis ini…. Saya dengan Rendah Hati Memohon Ampun dan Maaf jika saya ada membuat salah dan silap pada semua. Saya tak tahu apa akan jadi pada saya,” luah beliau.
Pandangan anda mengenai luahan tersebut?