Berbelanja £149 Juta, 8 Mata, Zon Penyingkiran, Ronald Koeman Ditunjukkan Pintu Keluar!

Everton mengesahkan yang kelab mereka memecat Ronald Koeman selepas aksi hambar Everton setakat ini. Koeman mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Frank De Boer untuk dipecat awal.

Musim lalu Koeman antara pengurus yang disenaraikan oleh Barcelona sebagai salah seorang calon untuk menggantikan Luis Enrique.

Koeman membelanjakan sekitar £149 juta pada pra musim yang lalu dengan membawa masuk Gylfi Sigurdsson, Jordan Pickford, Michael Keane dan Davy Klaassen.

Koeman menjual Lukaku tetapi gagal untuk mendapatkan pembeli untuk Ross Barkley yang semakin menuju kepada peraturan ejen bebas dalam perpindahan.

Pengurus Burnley, Sean Dyche kini dalam radar Everton selepas prestasi memberansangkan beliau musim ini. Namun penyokong Everton nampaknya mahukan nama lebih besar seperti Thomas Tuchel untuk mengendalikan kelab mereka.

Selain daripada Everton, Sean Dyche juga dikaitkan dengan Leicester City namun beliau menyatakan tiada sebarang ‘contact’ berlaku buat masa ini.

Buat masa ini, pengurus skuad B-23 Everton, David Unsworth akan menjadi interim. Koeman sebelum ini berjanji akan cuba memperbaiki prestasi Everton dalam perlawanan Piala Carabao menentang Chelsea, Rabu ini di Stamford Bridge.

Namun pihak lembaga pengurusan Everton tidak dapat diyakinkan oleh janji itu dan memecat Koeman selepas dimalukan Arsenal 5-2 di tempat sendiri.

Kenyataan rasmi kelab Everton menyatakan:

“Kelab bola sepak Everton dengan ini mengesahkan yang Koeman meninggalkan kelab ini hanya selepas 9 perlawanan liga musim ini.”

“Lembaga Pengarah dan juga ‘shareholder’ utama kelab, Farhad Moshiri ingin mengucapkan terima kasih kepada Ronald di atas bakti beliau selama 16 bulan. Membantu kelab berada di tangga ke-7 dalam EPL musim lalu.”

Berikut adalah statistik yang membuatkan Koeman dipecat

  • Berada di tangga ke-18/zon penyingkran
  • Berbelanja £149 juta pada pra musim tetapi gagal memberikan aksi memuaskan
  • 8 mata daripada 9 perlawanan liga
  • 41% ratio kemenangan. Hasil daripada 24 menang daripada 58 perlawanan, kalah 20 dan seri 14

Ronald Koeman menjadi pegurus ketiga dipecat musim ini selepas De Boer dan Craig Shakespear. Koeman menyertai Everton sebagai kelab EPL kedua selepas Southampton.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN