Sejak semalam, Kedah Darul Aman (KDA) FC rancak mengumumkan pemain-pemain untuk musim 2021 dan hanya tinggal dua slot pemain yang belum diumumkan.
Lazimnya setiap pasukan akan menyenaraikan 30 pemain untuk satu-satu musim, namun sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, Kedah rancang hanya akan menyenaraikan 25 pemain untuk skuad utama kali ini. Dan setakat hari ini, mereka telah pun mengumumkan 23 nama pemain termasuk beberapa pemain baharu.
Hanya berbaki dua slot, adakah tiada lagi kejutan buat para penyokong mereka? Pemain yang belum diumumkan adalah pertahanan kental, Renan Alves dan pemain baharu yang ‘diterbangkan’ dari UiTM FC, Rabih Ataya. Jadi, bagaimana dengan pemain import kouta ASEAN yang digembar-gemburkan sebelum ini?
Kedah Dikhabarkan Akan Kecilkan Skuad Utama Kepada 25 Pemain https://t.co/aaVz7wRqSH pic.twitter.com/BfRZxgGqjk
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 13, 2020
Agak mustahil Kedah hanya akan membiarkan ruang tersebut tanpa pengganti selepas mereka melepaskan Shakir Hamzah. Jadi, sudah pastinya, ia bukan 25 pemain.
Dan perkara ini sudah pun disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KDA FC, Khamal Idris Ali mengenai pemain import kouta ASEAN berasal daripada Singapura.
Oleh yang demikian, ia akan menjadikan jumlah pemain kepada 26 orang dan jika khabar angin mengenai penyertaan pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting menjadi kenyataan, Kedah dilihat bakal ‘menambat’ sejumlah 27 pemain.
Sebenarnya, tiada masalah untuk mengurangkan jumlah pemain. Mungkin salah satu punca tindakan ini dibuat disebabkan faktor pengurangan kos pembayaran gaji.
Persoalan utama penyokong Kedah adalah barisan pemain di pertahanan, adakah mereka mampu mengulangi pencapaian musim lalu – kedua terbaik di Liga Super?
Struktur Benteng Kedah Semakin Misteri, Dua Bek Kiri Turut Dilepaskan https://t.co/S4kKWLQeEx pic.twitter.com/SoVzYTm58t
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 30, 2020
Kedah kehilangan dua pemain penting di pertahanan iaitu Shakir Hamzah dan Irfan Zakaria. Sebelum itu, mereka sudah kehilangan Azmeer Yusof yang menarik diri daripada pasukan. Selain itu, mereka turut melepaskan Alif Yusof dan Norfiqrie Talib untuk musim 2021 yang merupakan pemain ‘backup’ terbaik di posisi bek kiri.
Kedah telah mengumumkan 15 pemain kekal bersama pasukan antaranya gandingan penyerang sensasi, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche, Rizal Ghazali, Shahril Sa’ari, Farhan Roslan, Fadzrul Danel, Fayadh Zulkifli serta kapten, Baddrol Bakhtiar.
Turut diumumkan beberapa pemain baharu antaranya ‘comeback’ daripada empat bekas pemain iaitu pertahanan, Syazwan Tajudin, Fairuz Zakaria, Ariff Farhan Md Isa dan juga pemain sayap, Syazwan Zainon. Selain itu, Kedah turut mengumumkan kemasukkan penjaga gol, Ilham Amirullah, Rozaimi Abdul Rahman dan Rodney Calvin.
Kedah sudah memulakan sesi latihan pra-musim mereka sejak beberapa hari lalu di bawah kendalian penolong jurulatih, Victor Andrag. Pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak baru tiba dari Singapura dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH DARUL AMAN FC
Baca lagi artikel mengenai Kedah Darul Aman FC:
Aidil Sharin Akui Jika Diberikan Peluang, Beliau Mahukan Anumanthan Mohan
Kelibat Rabih Ataya Di Alor Setar, Sah Bakal Sarung Jersi Kedah