Berapa Ramai Pemain Indonesia Pernah ‘Bertapa’ Dalam Saingan Liga M?

Liga Malaysia (Liga M) sebenarnya bukan lagi satu nama asing buat para pemain di Indonesia untuk melebarkan karier mereka dalam dunia bola sepak profesional sejak sekian lama.

Menurut rekod, sejak tahun 1980-an lagi sudah ada pemain Indonesia yang mula bertapak dalam saingan Liga dan terus berkembang sehingga kini untuk mewarnai dunia bola sepak tempatan.

Ada pemain yang boleh dianggap sangat berjaya, dan sesetengahnya tidak memberikan sebarang impak buat pasukan diwakili masing-masing.

Namun kebanyakannya merupakan pemain berstatus kebangsaan dan pernah menyerlah untuk Sang Garuda di pentas antarabangsa sehingga menarik minat kelab tempatan untuk menandatangani mereka.

Untuk musim lalu sahaja menyaksikan ada tiga pemain Indonesia beraksi di Malaysia bersama kelab masing-masing iaitu Jordi Amat, Saddil Ramdani, serta Nathanael Siringoringo.

Namun, hanya Siringoringo sahaja menjadi pemain yang belum beraksi untuk skuad utama Indonesia dan paling muda jika dibandingkan oleh Saddil serta Jordi.

Tahukah anda, seramai 23 pemain dari Indonesia sebenarnya pernah beraksi dalam saingan Liga M dan ada daripada masih aktif di sini sehingga kini.

Menurut Bola. Com, pemain Indonesia pertama yang beraksi di sini ialah Rastomoyo Kassim dan beraksi secara dominan di posisi pertahanan kiri sekitar tahun 1980-an.

Pasukan pernah diwakili beliau ketika itu merupakan Selangor, Public Bank, serta ATM sebelum pemain tersebut terus kekal berada di Malaysia sehingga kini.

Selepas itu, giliran Kelantan pula menandatangani Robby Darwis pada tahun 1989, dan memasuki era 1990-an dua lagi pemain Indonesia mewarnai Liga M iaitu Rahmad Darmawan serta Eri Irianto bersama kelab masing-masing.

Kerancakan pemain Indonesia di Malaysia semakin bertambah pada era 2000-an dengan kelibat Elie Aboy, Bambang Pamungkas, Ilham Jayakesuma, Kurniawan Dwi Yulianto, Budi Sudarsono, dan Ponaryo Astaman juga sempat menabur bakti bersama pasukan masing-masing serta rekod tersendiri.

Nama Bambang Pamungkas pastinya akan dikenang sebagai salah satu pemain Indonesia paling hebat pernah beraksi di Malaysia ketika era kegemilangan Selangor.

Selepas itu, ada lagi beberapa nama besar lain turut menghiasi saingan Liga M seperti Andik Vermansah, Ilham Udin, Evan Dimas, Hamka Hamzah, Ferdinand Sinaga, dan lain-lain.

Pada pandangan anda, pemain Indonesia mana paling menyerlah dan akan terus dikenang dalam saingan Liga M?

Kongsikan di ruangan komen.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN