Berapa Nilai Keuntungan Dikaut Ronaldo Menerusi Saluran Youtube?

Beberapa hari lalu, bintang bola sepak terkemuka iaitu Cristiano Ronaldo tampil buat pertama kali mencipta akaun Youtube dan menarik jutaan peminat untuk mengikutinya.

Seperti diketahui, Ronaldo merupakan ikon bola sepak cukup terkenal di seluruh dunia serta serta pempengaruh yang mampu menarik ramai orang untuk meminatinya.

Kapten Portugal ini buat pertama kali mencipta akaun Youtube dengan saluran beliau diberi nama, UR Cristiano dan tidak mengambil masa lama mencipta sejarah tersendiri.

Sehingga kini, jumlah subscriber beliau di Youtube sudah bertambah kepada 45.7 juta dan setiap video dimuat naik mendapat tontonan daripada jutaan orang ramai.

Timbul persoalan kini, berapa keuntungan diraih Ronaldo sepanjang beliau menguruskan akaun Youtube tersebut bersama 19 video sudah pun dimuat naik secara umum.

Ini kerana, Ronaldo merupakan antara pemain bola sepak terkaya di dunia yang turut meraih pendapatan menerusi akaun media sosial sebelum itu seperti Instagram menerusi jutaan pengikut.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Vocket, Ronaldo mampu meraih keuntungan antara $1200 hingga $6000 bagi setiap satu juta tontonan orang ramai.

“Menurut anggaran, YouTube membayar kira-kira 6 Dolar bagi setiap 1,000 tontonan, yang bermaksud Ronaldo boleh memperoleh antara $1,200 (~RM5,217.90) hingga $6,000 (~RM26,089.50) bagi setiap satu juta tontonan.

“Berdasarkan pengiraan kasar ini, hasil daripada pendapatan iklan dan penajaan yang ditandatangani, Ronaldo berkemungkinan telah menjana lebih daripada $100 juta kira-kira RM434 juta dengan saluran YouTube miliknya,” jelas laman tersebut.

Fenomena Ronaldo itu dilihat mampu untuk mencabar pengaruh Mr Beast pada masa hadapan jika trend pengikut Ronaldo terus bertambah di saluran Youtube.

Untuk rekod semasa selaku pemain bola sepak, Ronaldo masih lagi beraksi untuk Al Nassr di Arab Saudi bersama pencapaian masih membanggakan walau usia beliau makin bertambah.

Bekas tonggak Manchester United ini seolah masih sukar untuk dihentikan dengan beliau masih mempunyai semangat cukup tinggi untuk beraksi selaku pemain bola sepak profesional.

Malah, ada laporan menyatakan beliau akan terus mewakili Portugal di pentas antarabangsa bagi saingan-saingan berprestij pada masa hadapan demi membantu negara tercinta.

Sumber:
Vocket FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN