Jose Mourinho pernah berseloroh menyatakan dia tak takut dipecat kerana Manchester United akan membayarnya dengan jumlah yang tinggi untuk pampasan.
Bercakap kepada La Republica beberapa minggu lalu, beliau berkata:
“Mereka kata yang saya dalam bahaya untuk dipecat. Tapi saya tak rasa begitu”, katanya sambil ketawa kecil.
“Jika mereka pecat saya, anda tak dapat bayangkan berapa jumlah yang mereka harus berikan kepada saya.”
Prestasi semasa Man. United telah mengundang banyak kritikan ke atas Mourinho. Namun ramai juga mempertahankannya dan menganggap Ed Woodward sebagai punca utama masalah yang ada.
Mourinho dikatakan tidak begitu sehaluan dengan Ed Woodward. Namun pengurus itu pantas menafikannya dan pernah mendedikasikan kemenangan Man. United kepada Ed Woodward. Ini selepas ada penyokong menerbangkan mesej ini:
Berdasarkan kontrak semasa, Daily Mail melaporkan yang Manchester United perlu membayar Mourinho sekitar £12 juta untuk pampasan pemecatan sebelum kontrak berakhir.
Klausa itu termaktub di dalam kontrak Mourinho. Ianya diselitkan oleh Manchester United selepas ada isu sebelum ini dengan pampasan Louis Van Gaal.
Mourinho menandatangani kontrak lanjutan pada Januari lalu. Dan beliau ada baki kontrak sehingga 2020 dengan ada opsyen lanjutan.
Klausa £12 juta itu dimasukkan untuk mengelakkan Mourinho menuntut bayaran penuh baki gaji 2 musim dalam kontrak beliau sekiranya dipecat.
Dalam kontrak semasa, Mourinho menerima sekitar £15 juta semusim. Dan beliau setuju untuk menerima klausa bernilai £12 juta itu.
Sebab itulah gaji beliau diberikan tinggi kerana Man. United mahu memasukkan klausa khas ini.
Sebagai contoh, tanpa klausa £12 juta itu, Man United perlu membayar baki kontrak beliau, misalnya Mourinho dipecat pada baki kontrak masih 2 tahun, maka United kena bayar £30 juta.
Dengan kontrak £12 juta ianya adalah angka yang ditambat. Jika Man. United memecat Mourinho pada 2 bulan terakhir sekalipun, Man. United harus membayar £12 juta itu juga.
Rio Ferdinand sebelum ini memberitahu yang Mourinho seakan-akan sengaja cari pasal untuk dipecat.