“Berapa Game Lagi Nak Kena Tunda?” – Tunku Ismail

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor tampil meluahkan rasa kesal selepas perlawanan membabitkan pasukan milik baginda bertemu Perak sekali lagi terpaksa ditunda.

Untuk rekod, pertemuan antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sepatutnya berlangsung sejak bulan Ogos lalu sebelum ia terpaksa ditunda ekoran hujan lebat di Ipoh.

Situasi sama sekali lagi berulang semalam pada aksi semalam dengan hujan yang turun menyebabkan keadaan padang tampil berlecak serta memboleh situasi berbahaya berlaku kepada para pemain kedua pasukan.

Disebabkan itu, ia terpaksa ditunda dan tarikh baharu bakal dikeluarkan semula oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada masa akan datang.

Tampil kecewa dengan keadaan padang, Tunku Ismail meluahkan segalanya semalam di Instagram sambil menyatakan negara jiran sudah pun menaik taraf keadaan padang lebih awal berbanding kebanyakan stadium di Malaysia.

Malah, baginda turut kesal dengan sesetengah kelab yang lebih gemar melaburkan wang mereka kepada pemain import berbanding menaik taraf prasarana lebih baik buat pasukan seperti padang.

“Dah 2024. Sebok nak bolasepak Malaysia maju tapi 90% padang dalam negara masih di dalam keadaan teruk. Amat memalukan dengan negara negara jiran. Negara jiran semua dah upgrade padang dan infra bolasepak.

“Kita hanya bercakap nak berubah tetapi no action. Peruntukan dah di offer oleh KBS tetapi semua club tak terima. Dapat padang free pun tak terima. Pasal tak sanggup maintain padang 200k setahun.

“Pemain berjuta boleh beli, kerusi stadium berjuta boleh bayar. Padang 200k setahun dan gaji players tak boleh bayar. Amat memalukan. Musim tengkujuh dah nak mula. Berapa game lagi nak kena tunda? Membazir, dan sangat memalukan,” ulas baginda di Instagram.

Selain itu, baginda turut meluahkan rasa kesal di media sosial X dengan menyatakan semua orang perlu menukar cara fikiran serta keutamaan berkenaan infrastruktur pembangunan bola sepak.

“Kita sebenarnya perlu mengubah cara pemikiran dan keutamaan bila ia berkisarkan tentang infrastruktur bola sepak jika kita mahu bersaing dengan negara-negara jiran.

“Infrakstruktur bakal membantu kita menaikkan lagi kualiti bola sepak dalam negara. Saya sudah cakap perkara tersebut sejak 10 tahun lalu lagi,” ulas baginda lagi.

Selain itu, Tunku Ismail turut berkongsikan foto keadaan padang yang mempunyai takungan air dan jelas ia tidak sesuai buat para pemain tampil lebih selesa bermain bola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN