Berang Dengan Pemilik Kelab, Penyokong Charlton Athletic Baling Patung Babi Ke Padang

Dalam bola sepak, penyokong adalah kumpulan manusia yang sungguh penting.

Mereka akan memuji serta menyokong apa saja tindakan baik yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

Tetapi apabila pihak pengurusan melakukan tindakan yang tida betul. Bersedialah untuk dimaki oleh penyokong.

Kemarahan yang lama dipegang

Di England, penyokong Charlton Athletic sedang berang dengan pemilik mereka iaitu Roland Duchâtelet (gambar bawah).

roland-duchatelet12

Pemilik berbangsa Belgium ini bukan sahaja memiliki kelab Charlton sahaja, tetapi beliau memilik 4 kelab yang lain!

4 kelab itu adalah:

  • Alcoron (Sepanyol)
  • Sint-Truidense (Belgium)
  • Újpest (Hungary)
  • Carl Zeiss Jena (Jerman)

Berangnnya penyokong Chartlon terhadap pemilik mereka sudah lama. Sebabnya hanya satu, pemilik mereka tidak memahami bola sepak Inggeris.

Duchâtelet sedikit pun tidak memahami suasana dan senario bola sepak di England. Hal ini kerana beliau sering menukar 6 pengurus dalam masa 20 bulan sahaja!

Duchâtelet mengundang kemarahan penyokong Charlton apabila memecat lagenda kelab yang merupakan pengurus mereka ketika itu iaitu Chris Powell (gambar bawah) pada Mac 2014.

chris-powell

Namun keputusan itu diambil kerana Charlton ketika itu sedang berada dalam zon penyingkiran English Championship.

Namun selepas itu, Duchâtelet sering melakukan kesilapan yang berulang.

Selepas memecat Powell, Duchâtelet melantik Jose Riga sebagai pengurus. Beliau diberikan sedikit kredit kerana berjaya menyelamatkan Charlton daripada disingkirkan ke liga bawahan.

Namun Duchâtelet memilih untuk tidak menyambung kontrak Riga dan memilih untuk melantik Bob Peeters sebagai pengurus baharu.

Peeters menunjukkan prestasi yang teruk ketika mengendalikan Charlton dan kemudiannya dipecat. Duchâtelet kemudiannya melantik Guy Luzon dan selepas itu Karel Fraeye sebagai 2 pengurus seterusnya untuk Charlton.

Api kemarahan penyokong Charlton memuncak selepas Duchâtelet melantik Fraeye. Hal ini kerana pengurus tersebut hanya mempunyai rekod menguruskan kelab divisyen 3 di Belgium sahaja!

Duchâtelet selepas itu cuba untuk membetulkan kesilapannya dengan melantik semula Jose Riga sebagai pengurus. Namun ia sudah terlambat, Charlton turun juga ke English League 1.

Cubaan mem’Belgium’kan Charlton

Kemarahan penyokong Charlton ternyata jelas apabila Duchâtelet menjadikan kelab itu seperti syarikat perniagaan dan memandang penyokong mereka sebagai pelanggan.

Selain dari itu, mereka juga berang dengan Duchâtelet untuk menjadikan Charlton seperti kelab Belgium.

Hal ini kerana selepas menyingkirkan Powell, kesemua pengurus Charlton selepas itu adalah pengurus dari Belgium kecuali Guy Luzon yang berasal dari Israel.

Ketika Duchâtelet mengambil alih kelab, Duchâtelet juga merupakan pemilik bagi kelab Belgium – Standard Liege.

Duchâtelet kemudiannya kerap membeli pemain dari Standard Liege dan menjual pemain utama Chartlon ketika itu.

Oleh kerana lambakan pemain Standard Liege menjadi punca kenapa Powell dibuang dari Charlton.

Alasannya mudah, kerana Powell tidak mahu mainkan pemain yang dibeli dari Standard Liege oleh Duchâtelet.

Protes berterusan

Budaya melakukan protes ini sudah mula sebati dengan penyokong Charlton sejak Duchâtelet menjadi pemilik kelab mereka.

Penyokong Charlton mencipta gerakan C.A.R.D iaitu Coalition Against Ronald Duchâtelet (Pakatan Menentang Ronald Duchâtelet)

Gerakan atas talian itu mencipta hashtag #WeWantOurCharltonBack dan juga mencari dana untuk memastikan gerakan itu terus hidup.

img_0395

Pada Januari tahun ini, penyokong Charlton berkumpul dihadapan stadium mereka iaitu The Valley untuk melakukan protes.

Mereka berhimpun siang dan malam untuk meluahkan rasa marah mereka kepada Duchâtelet diatas pengurusan teruk yang dilakukannya.

protest-6

 

Siri kedua protes penyokong Charlon adalah pada bulan April ketika aksi antara Charlton dengan Birmingham City.

Ketika perlawanan tidak sampai seminit dilangsungkan, penyokong Charlton beramai-ramai membaling bola angin ke dalam padang tanda bengangnya mereka kepada Duchâtelet.

Perbuatan yang diiringi dengan sorakan “We Want Roland Out!” (Kami Mahu Roland (Duchâtelet) Keluar!) menyebabkan perlawanan tersebut dihentikan untuk seketika untuk mengeluarkan bola-bola angin itu.

fan-cam-of-the-charlton-fans-str

Kemarahan mereka memuncak ketika aksi menentang Coventry City semalam (15 Oktober 2016).

Kali ini mereka membaling patung babi bersaiz kecil sebanyak 3,000 buah pada awal permainan tanda kemarahan mereka kepada Duchâtelet.

Lebih menarik, protes ini juga disertai oleh peminat Coventry yang juga berang dengan pemilik mereka iaitu Sisu Group.

Perlawanan tersebut dihentikan untuk beberapa minit untuk membolehkan patung babi itu dikeluarkan sebelum perlawanan disambung semula.

Mujur pada perlawanan itu, Charlton menang 3-0 ke atas Coventry.

Baca juga: Mengapa Penyokong Leeds United Mengamuk Terhadap Pemilik Kelab Mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN