Ketika Asnawi Mangkualam mencapai saat-saat positif di Korea Selatan bersama Ansan Greeners pada musim ini, nasib berbeza pula dialami oleh rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Indonesia iaitu Pratama Arhan.
Arhan yang beraksi di Jepun bersama Tokyo Verdy dilihat tidak mengalami saat terbaik seperti Asnawi baik dari segi minit permainan atau sumbangan beliau bersama pasukan tersebut.
Tokyo Verdy Selesaikan J2 League 2022: Bintang Timnas Indonesia, Pratama Arhan Cuma Kebagian Main 45 Menit https://t.co/XXgakLbVCj
— BOLA.COM (@bolacomID) October 23, 2022
Ketika ini, saingan J2 League sudah pun berakhir beberapa hari lalu, selepas setiap pasukan bertanding sudah pun mengharungi sebanyak 42 perlawanan.
Tokyo Verdy berjaya menamatkan hari terakhir perlawanan liga dengan mencatat kemenangan 2-0 untuk mengatasi Fagiano Okayama di Stadium Ajinomoto.
Dua gol kemenangan Tokyo Verdy itu dijaringkan oleh Keito Kawamura pada minit ke-35, sebelum Ryogo Sato memastikan kemenangan mereka pada minit ke-64 untuk memastikan kelab mencatat kemenangan kali ke-16 musim ini.
【TOP】本日のファジアーノ岡山との一戦は2-0で勝利しました。
前半34分、#河村慶人 選手の先制ゴール挙げると、後半18分、#佐藤凌我 選手が追加点。
6連勝5試合連続クリーンシート達成!
今シーズンも熱い応援ありがとうございました🔥#verdy #ファジアーノ岡山 pic.twitter.com/Y1RLlkkVf9
— 東京ヴェルディ(TOKYO VERDY)公式⚽ (@TokyoVerdySTAFF) October 23, 2022
Walaupun begitu, kemenangan tersebut dianggap tidak membawa makna besar buat pasukan tersebut, apabila mereka gagal melayakkan diri ke saingan J1 League pada musim hadapan.
Tokyo Verdy menamatkan cabaran liga pada musim ini dengan berada di tangga kesembilan hasil 61 mata dikumpul daripada 42 perlawanan dilalui mereka.
Berada di kedudukan tersebut, Tokyo Verdy sememangnya tidak akan berpeluang untuk menembusi saingan utama di Jepun musim hadapan.
Setakat ini, Albirex Niigata dan Yokohama FC masing-masing sudah pun melayakkan diri mereka selain Fagiano Okayama, Roasso Kumamoto, dan Oita Trinita bakal berdepan perlawanan ‘play-off’ untuk menentukan siapa layak ke saingan J1 League.
Tokyo Verdy pastinya kecewa dengan keputusan terakhir mereka itu selepas sebelum ini, sasaran diletakkan adalah untuk melayakkan diri ke saingan tertinggi tersebut musim hadapan.
Lebih mengecewakan pastinya terarah kepada pemain pertahanan Indonesia yang beraksi bersama pasukan tersebut, Arhan yang jelas kurang mendapat minit permainan pada musim ini.
Arhan mula menjadi perhatian segelintir pemerhati bola sepak di Asia Tenggara, apabila beliau dilamar pasukan tersebut pada tahun lalu untuk beraksi di Jepun.
RESMI: Pratama Arhan cuma main sekali dimusim perdananya bersama Tokyo Verdy.
Semoga musim depan bisa mendapatkan lebih banyak menit bermain. pic.twitter.com/CulJJqWrOQ
— JLI (@indo_jleague) October 23, 2022
Selepas menjalani musim yang baik bersama kelab tempatan iaitu PSIS Semarang dan skuad kebangsaan, ramai mula meletakkan harapan tinggi buat Arhan selaku pemain bola sepak profesional.
Namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, selepas Arhan tidak mendapat peluang sebaik mungkin di atas padang sepanjang bersama Tokyo Verdy.
Sepanjang bersama pasukan tersebut, Arhan hanya beraksi sebanyak satu perlawanan sahaja selama 45 minit sebagai pemain sayap pada 7 Jun lalu.
Perkara tersebut selepas itu mula menjadi persoalan mengenai masa depan Arhan bersama pasukan tersebut selepas ini.
Menurut Bola.com, pertahanan muda tersebut masih lagi mempunyai kontrak yang panjang bersama pasukan itu iaitu sehingga tahun 2024.
Sekiranya Arhan ingin meneruskan karier beliau dengan lebih baik, mungkin beliau boleh meminta agar dipinjamkan kepada pasukan lain yang masih memerlukan khidmatnya selaku pemain utama.