Beraksi Di Sayap Kiri Lebih Selesa Buat Marcus Rashford

Marcus Rashford

Bintang Manchester United, Marcus Rashford mendedahkan bahawa beliau lebih gemar beraksi di posisi sayap kiri berbanding diletakkan sebagai penyerang tunggal.

Pemain berusia 22 tahun itu juga melihat beliau mampu untuk memainkan peranan lebih baik di posisi tersebut dan dapat membantu pemain yang diturunkan sebagai penyerang pada musim ini, Anthony Martial.

Mengulas mengenai beraksi di sayap kiri, Rashford mengakui beliau dapat memberikan sumbangan yang lebih sekiranya diturunkan di posisi tersebut.

”Apabila anda diletakkan di sayap kiri, anda boleh mencipta banyak perkara dengan sendiri, memberikan lebih banyak sumbangan kepada pasukan.”

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 11: Marcus Rashford of Manchester United in action during the Premier League match between Manchester United and Norwich City at Old Trafford on January 11, 2020 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

”Walaupun apabila anda beraksi di hadapan [sebagai penyerang], kadangkala anda akan hilang dan memerlukan seseorang di jentera tengah untuk melakukan hantaran kepada anda pada 90 minit perlawanan, jadi anda kadangkala mungkin akan ‘hilang daripada permainan’ sekiranya beraksi sebagai pemain ‘nombor sembilan’,” ujar Rashford menurut laporan Goal.

”Apabila saya beralih ke peranan ‘nombor sembilan’ ketika masih muda, saya sedikit bergelut dengan keadaan di mana saya sentiasa menjadi seseorang yang sentiasa mahu mengekspresikan diri pada bola.”

”Apabila saya mula bermain sebagai ‘nombor sembilan’, saya sedar bahawa anda tidak dapat melihat bola dengan kerap seperti beraksi di posisi lain tetapi apabila anda mendapat bola, itu adalah peluang untuk menjaringkan gol.”

”Itulah yang saya sukakan ketika menjadi pemain ‘nombor sembilan’ dan itulah yang saya masih gemari. Tetapi pada ketika ini saya menikmati kebebasan untuk mempelbagaikan kedua-duanya [posisi] dan saya merasakan itulah yang sesuai buat kita di mana Anthony [Martial] turut suka ke sebelah kiri,” ujar Rashford lagi.

Musim ini, Rashford berjaya menjaringkan 19 gol hasil 31 penampilan dalam semua pertandingan disertai Manchester United sebelum beliau mengalami kecederaan tulang belakang pada Januari lalu.

Kredit foto: Alex Livesey/Getty Images

Baca artikel lain mengenai Rashford:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN