Christian Eriksen tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan dirinya sudah sihat sepenuhnya dan kini bersedia untuk melalui kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Selepas hampir lapan bulan kejadian pemain itu tidak sedarkan diri akibat serangan jantung ketika tugasan antarabangsa bersama Denmark di kejohanan Euro 2020, Eriksen juga seperti tidak hilang sentuhannya apabila berjaya menghasilkan satu assist untuk pasukan baharunya itu menjaringkan gol kemenangan.
Pada malam tadi, pemain perancang itu melakukan penampilan pertama untuk Brentford dalam perlawanan persahabatan menentang Southend United, dan membantu pasukan yang baru disertainya pada Januari lalu menang 3-2.
📽 The return of @ChrisEriksen8 #BrentfordFC pic.twitter.com/AG7crEJrQR
— Brentford FC (@BrentfordFC) February 14, 2022
Penampilan tersebut merupakan langkah positif Eriksen yang turut menyambut hari kelahiran ke-30 semalam, selepas tidak menyepak bola sejak kejadian tersebut.
Dalam perlawanan tersebut, Eriksen juga berpeluang meletakkan namanya sebagai penjaring, terutama pada babak awal perlawanan. Namun ketangkasan aksi penjaga gol lawan, Collin Andeng Ndi berjaya menafikan Eriksen sebanyak dua kali.
Eriksen sebelum ini pernah berkata dirinya bertekad untuk membuktikan dirinya masih lagi pemain yang sama seperti sebelum ini, dan tidak gentar untuk terus bermain bola sepak.
Jika ada keresahan [mengenai apa yang akan terjadi jika kembali beraksi], saya tidak akan berpatah balik ke belakang.”
Eriksen juga mengatakan yang beliau mempercayai dirinya serta doktor yang bertanggungjawab merawat pemain itu.
Malah, bekas pemain Tottenham Hotspur dan Ajax Amsterdam itu juga turut mempercayai jantungnya kini berada dalam keadaan baik dan boleh bekerja dalam keadaan berintensiti tinggi seperti bermain bola sepak.
Christian Eriksen: “I hope it won’t be long before I can help Brentford – if there was any anxiety, I wouldn't go back. I'm trusting the doctors, I'm trusting my heart, I'm trusting my ICD”. 🇩🇰 #Eriksen @Dan_KP
“I’m here to play in Premier League again – I feel good!”. pic.twitter.com/EL55FuP08p
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 11, 2022
“Saya percayakan para doktor [yang merawat saya], saya percayakan jantung saya dan saya percayakan ICD saya.”
“Saya datang semula ke sini [Brentford] adalah untuk bermain di Premier League sekali lagi,” ujar beliau sebelum ini.
Eriksen yang beraksi bersama Inter Milan selepas meninggalkan Tottenham pada 2020 terpaksa menamatkan kontrak beliau di Itali selepas Serie A mempunyai peraturan yang ketat berkaitan pemain yang mengalami rekod serangan jantung.