Inter Milan mengesahkan kejuaraan Serie A sebaik sahaja Atalanta seri 1-1 di Sassuolo pada Ahad untuk mengakhiri kemarau 10 tahun tanpa trofi dan menamatkan kejuaraan sembilan tahun berturut-turut Juventus.
Skuad kendalian Antonio Conte itu menang 2-0 ke atas Crotone pada Sabtu, namun dengan keputusan melibatkan Atlanta dan dengan hanya empat perlawanan berbaki, kelebihan 13 mata sudah cukup untuk memastikan gelaran juara menjadi milik mereka.
🇮🇹 | I M MILANO
Keeping the Black & Blue flag flying high ⚫️🔵🏆#IMInter #IMScudetto #ForzaInter pic.twitter.com/Sp0CvhMHa9
— Inter (@Inter_en) May 2, 2021
Berakhirnya dominasi Juventus
Walaupun pada awal musim Juventus masih menjadi pasukan pilihan untuk mengekalkan kejuaraan, namun keputusan untuk memecat Maurizio Sarri dan melantik Andrea Pirlo yang kurang pengalaman ternyata merupakan percaturan yang tidak berbaloi.
Musim ini Inter hanya dua kali sahaja merasai kekalahan iaitu tewas 2-1 dalam derbi Milan dan kepada Sampdoria pada Januari dan selepas itu mengekalkan rekod 18 perlawanan tanpa kalah.
Selepas memintas AC Milan pada 14 Februari, Inter tidak lagi menoleh ke belakang dengan mengutip sebanyak mungkin mata termasuk meraih 11 kemenangan berturut-turut.
Mengatasi rekod AC Milan
Kegagalan AC Milan untuk mengekalkan prestasi menakjubkan sepanjang separuh pertama musim ini juga menjadi salah satu faktor.
Kejayaan meraih kejuaraan liga buat kali ke-19 ini bermakna Inter telah pun memintas rekod 18 kejuaraan AC Milan untuk menjadi pasukan kedua paling berjaya dalam sejarah Serie A di belakang Juventus yang masih unggul dengan 36 kejuaraan.
Congrats to @Inter on winning the Scudetto
— AC Milan (@acmilan) May 2, 2021
Kali terakhir Inter mendakap piala Scudetto ini adalah pada 2010 iaitu musim terakhir pasukan itu dikendalikan oleh Jose Mourinho yang menjadi salah satu detik terbaik kelab tersebut dengan gelaran treble selepas turut menjuarai Coppa Italia dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Pada waktu itu Nerrazzuri mempunyai deretan pemain ternama seperti Diego Milito, Samuel Eto’0, Ricardo Quaresma, Wesley Sneijder, Julio Cesar, Marco Materazzi, Esteban Cambiasso dan Javier Zanetti.
Skuad lengkap
Beberapa pengurus silih berganti mencuba untuk mengembalikan kegemilangan Inter sepanjang 10 tahun ini termasuk Claudio Renieri, Walter Mazzarri dan Roberto Mancini, namun semuanya gagal.
Kelab ini pernah menamatkan saingan di tangga kesembilan, gagal mara ke perlawanan akhir kejohanan utama dan ‘hilang’ dari saingan UCL selama enam musim.
Sehinggalah Luciano Spalletti memberikan sedikit harapan dengan mengembalikan Inter ke kejohanan utama Eropah berkenaan, namun kredit kepada Conte yang membina semua pasukan ini dengan pemain yang sesuai dengan kemahuan taktikalnya.
Better make some room… 🏆🖤💙#IMInter #IMScudetto #ForzaInter pic.twitter.com/6qjqNV5kHy
— Inter (@Inter_en) May 2, 2021
Kemasukan Achraf Hakimi, Nicolo Barella, Stefano Sensi, Aleksandar Kolarov, Arturo Vidal sama ada secara pembelian, pinjaman atau perpindahan percuma ternyata memberikan impak yang cukup besar kepada Inter.
Dalam membentuk sebuah skuad yang lengkap di semua posisi, jelas Conte benar-benar mengkaji di mana kekuatan dan kelemahan di dalam pasukannya untuk memastikan falsafah dan gaya permainannya dapat diterapkan dengan sempurna.
Contohnya siapa sangka pemain ‘buangan’ seperti Darmian yang gagal menyerlah di Manchester United akhirnya menjadi salah seorang pemain paling penting untuk taktikal Conte pada musim ini.
Kurang komitmen pada kejuaraan Eropah
Selepas tewas dalam derbi Milan, diikuti oleh keputusan seri menentang Parma dan Atalanta, ia menyebabkan Inter jatuh ke tangga ketujuh liga.
A first Serie A title win since 2010 🙌🏆
Antonio Conte's Inter Milan ⚫🔵 https://t.co/w3A517Td4y pic.twitter.com/spLIRiQBdd
— GOAL (@goal) May 2, 2021
Lebih teruk lagi apabila mereka dimalukan dengan menamatkan saingan di peringkat kumpulan UCL di kedudukan tercorot di bawah Real Madrid, Borussia Monchengladbach dan Shakhtar Donetsk, sekaligus turut terlepas untuk ke Liga Europa (UEL).
Mungkin kegagalan itu satu ‘rahmat’ buat Inter, kerana saat itu ia menjadi titik perubahan yang membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi domestik berpanding pesaing lain yang masih terbeban dengan komitmen di kejohanan Eropah.
Peranan Lukaku
“Saya tak akan lupa begitu ramai orang yang mempersoalkan kewajaran apabila kami membeli Lukaku dan mengatakan pemain tersebut ‘overrated’,” ujar Conte.
“Tetapi saya sentiasa mengatakan kedatangannya ke sini dengan potensi terutamanya jika dia bekerja keras dan melakukan perkara yang luar biasa. Lukaku telah membuktikan semuanya.”
Inter Milan best Serie A player 20/21
Goals: Lukaku
Assists: Lukaku
Big Chance Created: Lukaku
Dribbles per game: Lukaku
Most throughballs: Lukaku
Most shots on target: Lukaku pic.twitter.com/GlHt3rQQpw— Asolo (@AsoloMufc) May 2, 2021
Lukaku merupakan penjaring terbanyak pasukannya pada musim ini dengan 21 gol liga dan kejuaraan Serie A ini merupakan kejuaraan liga pertamanya sejak kali terakhir memenanginya ketika remaja bersama Anderlecht.
Hadiah perpisahan buat Pirelli
Tamatnya kerjasama bersama Pirelli pada penghujung musim ini pastinya memberi emosi buat penyokong setia Inter setelah nama syarikat tayar multinasional dari Itali itu telah terpampang di bahagian depan jersi kelab tersebut selama 27 tahun.
Kejayaan Inter ini tentunya hadiah perpisahan paling bermakna buat penaja utama itu. Pirelli memulakan kerjasama sejak musim 1995/1996 dengan perjanjian penajaan sekitar £10 juta semusim berserta bonus.
Antara faktor penamatan kerjasama tersebut adalah jumlah penajaan yang dianggap terlalu kecil berbanding dengan yang diperolehi oleh kelab-kelab utama Eropah yang lain.
Pirelli has confirmed it will not be the shirt sponsor for Inter Milan next season, ending a 27-year run on their jerseys.
Iconic partnership 👕 pic.twitter.com/f6eLyD0723
— B/R Football (@brfootball) March 2, 2021
Tahun lepas terdapat laporan dari media Itali yang mendedahkan syarikat pembinaan China, Evergrande Group akan menggantikan tempat Pirelli untuk diletakkan di jersi biru hitam Inter bermula musim hadapan.
Penutup
Ini merupakan kejuaraan Serie keempat buat Conte yang pernah merasai kemanisan sama semasa membimbing Juventus tiga musim berturut-turut pada 2012, 2013 dan 2014.
Beliau juga pernah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea pada 2017.
Semua pencapaian ini membuktikan karisma Conte untuk muncul sebagai salah satu pengurus terbaik di Eropah dan pastinya beliau mahu lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Kredit Foto: Inter
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Inter Milan:
Penajaan Ikonik Pirelli Bersama Inter Milan Akan Tamat Selepas 26 Tahun
Kisah Roberto Carlos Yang Terlampau Prolifik Di Depan Gol Jadi Punca Tinggalkan Inter Milan
Paul Scholes: Kisah Tawaran Dari Inter Milan & Penyesalan Terbesar Dalam Karier