Bentesan, Terjahan ‘Diharamkan’ Dalam Sesi Latihan Pasukan EPL

EPL Manchester United

Pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dilarang untuk membuat bentesan atau terjahan semasa menjalani latihan berpasukan dan semua padang latihan diwajibkan untuk membuat pembersihan pembasmian kuman.

Memetik laporan BBC, protokol rasmi itu telah dihantar kepada semua pemain dan pengurus pasukan pada Selasa dalam memastikan pematuhan etika penjarakan sosial yang telah ditetapkan dan dinasihatkan oleh pihak berkuasa.

Bendera penjuru, kon, tiang gol dan permukaan padang juga akan disanitasi untuk membasmi kuman setiap kali sesi latihan berakhir.

Pemain dan staf kejurulatihan juga wajib membuat pemeriksaan suhu setiap hari dan menjalani ujian saringan dua kali seminggu untuk mengesan COVID-19. Malah mereka juga dilarang untuk hadir dan pulang secara berkumpulan dengan rakan sepasukan yang lain.

Difahamkan semua pemain melalui Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) telah diberikan taklimat berkenaan protokol perubatan tersebut dalam dokumen yang mengandungi 40 muka surat untuk mereka hadamkan.

Bola sepak Inggeris dan hampir semua saingan liga di Eropah ketika ini masih dalam penggantungan sejak Mac ekoran pandemik yang telah memberikan impak yang amat kritikal terutamanya beberapa negara yang mempunyai liga terbaik seperti Itali, United Kingdom, Sepanyol dan Jerman.

Dengan kebanyakan liga lain sudah pun mula meletakkan tarikh untuk kembali menjalani latihan, EPL masih belum mengesahkan perancangan mereka untuk kembali pada 12 Jun sekalipun kerajaan UK telah memberikan lampu hijau untuk acara sukan kembali berlangsung secara tertutup bermula 1 Jun.

Bundesliga menjadi liga terawal dalam kalangan lima liga utama Eropah yang akan kembali melangsungkan perlawnan pada Sabtu ini, sementara liga Poland, Austria dan Portugal juga sudah mengesahkan tarikh untuk menyambung aksi di peringkat domestik.

Liga Sepanyol pula sudah kembali menjalani latihan tetapi masih belum ada tarikh untuk perlawanan kembali bermula, namun Presiden La Liga, Javier Tebas menyasarkan semua perlawanan dapat disambung bermula 12 Jun ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai EPL:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN