Benoit Assou-Ekotto: Saya Rela Beli Kasut Bola Murah Daripada Jadi Pelacur Untuk Penaja

Ada sebab mengapa Benoit Assou-Ekotto tidak popular dalam kalangan penaja.

Dalam satu temuramah dengan Canal+, bekas bek kiri Tottenham Hotspur, Assou-Ekotto mendedahkan beliau lebih rela membeli kasut bola dari eBay daripada ‘melacurkan’ dirinya untuk mendapat tajaan kasut bola.

Assou-Ekotto, 31, kini bermain untuk Saint-Etienne di Ligue 1 selepas kontraknya ditamatkan oleh Tottenham Hotspur pada penghujung jendela perpindahan musim sejuk 2015.

Tiada faedah menaja pemain Afrika

Assou-Ekotto yang mempunyai rekod bercakap ‘terlalu jujur’ di depan media sehingga pernah mengundang kontroversi, turut memberitahu Canal+, pemain Afrika tidak mendapat apa-apa faedah jika mendapat tajaan.

“Secara jujurnya jika anda adalah seorang pemain Afrika, mendapat tajaan taklah bagus sangat kerana semua urusan bisnes penaja dibuat di Eropah.”

“Saya lagi rela bebas daripada melacurkan diri saya untuk penaja.”

Pada Mei 2010, beliau pernah memberitahu beliau melihat bola sepak sebagai kerja, bukannya sebagai passion.

“Bola sepak hanyalah kerja bagi saya. Ya, ia kerja yang bagus dan saya tak boleh kata saya benci bola sepak, tapi ia bukan passion saya.”

Pada Oktober 2011, Assou-Ekotto memberitahu pemain bola sepak berpindah kelab semata-mata kerana duit.

“Jika seorang pemain dapat gaji £3, dan ada kelab lain menawarkannya £6. Dia akan minta kelabnya untuk menaikkan gajinya supaya setaraf dengan tawaran yang dia dapat. Jika kelab tak bagi, dia akan pindah kelab.”

Lebih minat kasut bola vintage

Ketika pemain lain tidak menolak kontrak tajaan kasut bola daripada pengeluar, Assou-Ekotto lebih gemar mendapatkan kasut bolanya melalui laman web eBay.

Dan beliau mempunyai kecenderungan terhadap kasut bola model lama dan vintage, bukannya model baru.

“Saya beli kasut bola saya pada harga €30 (RM140) di eBay. Harganya berpatutan dan kasutnya pula selesa.”

“Kasut bola moden yang cantik memang mahal, tapi anda jadi lebih unik dengan memakai kasut bola vintage.”

Jika dilihat kepada jenis kasut bola yang dipakai oleh Assou-Ekotto di Saint-Etienne, beliau gemar jenama Adidas.

Beliau pernah dilihat memakai Adidas Gloro dan Adidas Mi Ace (gambar bawah).

Sesetengah pemain mungkin akan memandang Assou-Ekotto sebagai pemain yang sentiasa bercakap dengan jujur walaupun kebenaran nampak pahit.

Tapi kami tak menafikan akan ada pemain yang memandangnya sebagai pemain sederhana yang hanya ‘mencari publisiti’ di luar padang.

Baca juga: Pengenalan Kepada Jenis-Jenis Label Kasut Bola Di Kedai & Bagaimana Untuk Pilih?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN