Benjamin Mora sudah pun sah tidak lagi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku pengendali kelab tersebut apabila laman rasmi Johor Southern Tiger (JST) sudah pun mengesahkannya baru-baru ini.
Tempat Mora kini sudah pun diisi oleh pengendali baharu dari Venezuela iaitu Hector Bidoglio yang berkuat kuasa serta merta untuk mengendalikan JDT.
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to thank Benjamin Mora for his services.
Benjamin had requested JDT to allow him to return to Mexico due to unavoidable personal matters, and JDT respects the request and will always leave the door open for a return in the future.
[1/3] pic.twitter.com/NOEZtbgVVP
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 27, 2022
Untuk rekod, Mora sudah pun berada di kem kejurulatihan JDT sejak tahun 2015 lagi untuk mengendalikan pasukan feeder di saingan Liga Premier sebelum beralih arah ke Liga Super.
Ambil posisi ditinggalkan Mario Gomez
Mora mula menjawat jawatan pengendali utama JDT di Liga Super setelah mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Mario Gomez pada tahun 2017.
Gomez dikhabarkan ketika itu tidak lagi bersama JDT kerana unsur persefahaman dirinya bersama kelab dan posisi tersebut terus diisi oleh Mora.
JUTAAN TERIMA KASIH BUAT MARIO GOMEZ DI ATAS SUMBANGAN BELIAU KEPADA JDT SELAMA INI. SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA KAMI SELURUH KELUARGA JDT. pic.twitter.com/i4Xab5kGGT
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 18, 2017
Namun kedudukan pengendali dari Mexico tidak lama apabila JDT melantik jurulatih baharu dari Portugal iaitu Ulisses Morais untuk membawa baki cabaran kelab tersebut pada pertengahan 2017 hingga awal 2018.
Mora kembali bersama JDT II
Selepas kemasukan Morais, pengendali tersebut kembali diletakkan bersama JDT II dan dikhabarkan Mora mempunyai beberapa masalah sebelum itu di skuad utama yang memerlukan pengurusan melantik Morais sebagai pengganti.
Namun Morais juga tidak kekal lama apabila pengendali tersebut juga meninggalkan JDT kerana masalah keluarga iaitu isteri beliau mengalami masalah kesihatan.
“Today is a very sad day for me as my duty ends at this great club. As in everything in life, we all have priorities. Due to health reasons in the family, I am forced to leave you.” -Ulisses Morais
Read more at https://t.co/L1f0KRVb6a pic.twitter.com/k6GLYqRZ1U
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 25, 2018
Mora ketika itu masih lagi bersama JDT II dan kekosongan kerusi panas tersebut diisi oleh pembantu jururlatih ketika itu, Raul Longhi.
Namun setelah itu, tiada info lebih jelas mengapa jodoh Raul juga tidak kekal lama bersama JDT dan Mora kembali diserap masuk bersama pasukan utama.
Mora bergandingan bersama Luciano Figueroa
Setelah ketiadaan Raul yang turut melepaskan posisi tersebut, Mora sekali lagi mendapat peluang untuk mengendalikan skuad utama dan kali ini beliau bergandingan bersama bekas penyerang legenda, Luciano Figueroa.
Bersama Figueroa yang dilantik sebagai pengurus pasukan, gandingan mereka berdua berjaya menghasilkan banyak kejayaan peringkat domestik pada tahun 2019 serta awal 2020 untuk membanggakan kelab.
THANK YOU LUCIANO!
I would like to thank Luciano Figueroa for his services to the club as a player, ambassador and manager from 2014-2020.
While we are sad to see a legend leave, I understand Figueroa's decision to return to Argentina due to family matters.
[1/4] pic.twitter.com/S4Rnp3XyAj
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 21, 2020
Ketika sedang mengecapi prestasi yang bagus selaku pengurus pasukan, secara tiba-tiba Figueroa turut melepaskan jawatan tersebut dengan alasan komitmen bersama keluarga dan posisi tersebut terus diisi oleh Benjamin Mora pada 21 Oktober sehingga 27 Julai tahun ini.
Pengendali paling berjaya dalam Liga Malaysia
Setelah beberapa kali Mora naik turun bersama kelab, boleh dikatakan beliau sedang menikmati detik terbaik apabila berjaya mengecapi banyak kejuaraan domestik.
Selain itu, Mora juga membuktikan beliau layak untuk mendapat gelaran tersebut setelah berjaya membawa JDT ke peringkat lebih jauh dalam kejohanan ACL 2022.
Cuma satu kejuaraan yang belum lagi diraih Mora selaku pengendali utama JDT iaitu Piala FA apabila kelab tersebut kini berada dalam momentum terbaik untuk mengecapinya.
Apa punca sebenar Mora dan JDT berpisah?
Suatu persoalan yang masih lagi gagal dirungkai dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan kerana pertukaran jurulatih baharu dibuat pada pertengahan musim 2022.
Mora berjaya memacu JDT di persada liga ketika ini, bakal bersaing di peringkat separuh akhir Piala FA 2022, serta menjadi salah satu pasukan yang berjaya di saingan ACL 2022.
Apa yang menyebabkan pengendali tersebut tidak lagi bersama JDT rasanya tidak melibatkan isu bersama pemilik kelab Tunku Mahkota Johor (TMJ) apabila hubungan kedua ini masih lagi sangat baik.
Namun sedikit menghairankan apabila masih belum ada apa-apa ucapan daripada para pemain di media sosial untuk pengendali tersebut yang berjaya mengangkat nama mereka dalam karier bola sepak profesional termasuk import, Bergson da Silva.
Cuma sedikit musykil apabila bekas pemain pertahanan JDT iaitu Mauricio dos Santos ada memuat naik sesuatu di Instagram beliau yang menyatakan rasa tidak puas hati dan dijangka perkara tersebut menuju kepada Mora.
Sekiranya faktor dalaman menjadi punca antara Mora dan pemain, maka ini suatu perkara pantas yang telah dilakukan oleh pengurusan kerana untuk terus mengekalkan keharmonian kelab.
Untuk Mora, terima kasih kerana berjaya membawa dimensi baharu dalam bola sepak tempatan yang menjadikan JDT sebagai contoh buat pasukan lain untuk terus berdaya saing.
Rekod anda di peringkat domestik ini akan terus dikenang dan bakal menjadi penanda aras buat seluruh pengendali lain cuba memecahkan rekod.