Benjamin Mora Maklumkan Fernando Rodriguez Cedera

Fernando Rodriguez JDT Kedah Piala Sumbangsih 2021

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memaklumkan yang Fernando Rodriguez mengalami kecederaan ketika berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Dalam aksi Piala Sumbangsih dan perlawanan pertama Liga Super 2021 itu, Fernando Rodriguez bertindak selaku penggempur utama JDT yang menyaksikan JDT menang 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Walaupun tidak meledak sebarang gol, namun, kombinasinya bersama pemain-pemain lain tampak serasi dan kecederaan yang dialaminya mungkin membuatkan barisan kejurulatihan terpaksa memikirkan perancangan lain tanpa melibatkannya.

Walaupun hanya kecederaan ringan, dengan tahap kecergasan semua pemain Liga Malaysia masih belum mencapai tahap maksimum, pastinya Benjamin Mora tidak mahu mengambil sebarang risiko yang membawa kepada kecederaan serius.

Timbul pula persoalan, adakah penyerang baharu, Bergson da Silva akan diberikan debut berdepan Penang FC pada perlawanan yang akan berlangsung malam ini.

Memetik kenyataannya di Berita Harian, “Dia [Fernando Rodriguez] mengalami kecederaan, namun tidak serius dan kita akan pantau lagi kerana pada aksi menentang KDA FC sememangnya aksi yang begitu mencabar buat dirinya.”

“Kami akan tengok tahap kecergasan Bergson sama ada beliau bersedia diturunkan atau tidak. Rodriguez juga ada peluang diturunkan semula tapi kita perlu lihat sama ada dia mampu beraksi selepas perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang berintensiti tinggi,” jelas Benjamin Mora lagi.

Walaupun JDT dijadualkan berdepan pendatang baharu Liga Super, baginya, Penang FC memiliki pasukan yang bagus dan beliau memerlukan skuad yang ampuh.

Menurutnya, cabaran skuad kendalian Tomas Trucha itu tidak boleh dipandang mudah kerana mereka baharu sahaja menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City).

“Kami tetap menghormati Penang FC kerana mereka memiliki kekuatan tersendiri. Bagi kesebelasan utama JDT yang akan diturunkan, saya akan pertaruhkan barisan terbaik dan pemain harus beri cabaran kepada diri sendiri untuk berdepan pasukan lawan,” tegas Benjamin Mora mengenai aksi malam ini.

Penang FC akan berkunjung buat kali pertama ke Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi kedua liga selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas KL City pada Sabtu.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel mengenai Fernando Rodriguez dan JDT:

Piala Sumbangsih 2021: JDT Kekalkan Kejuaraan, Mudah Benam Kedah

2 Bekas Pemain Kedah Taruhan Terbaik JDT Pertahankan Piala Sumbangsih?

‘Buangan’ Kedah, Fernando Rodriguez Kini Ditagih Untuk Pacu Cabaran JDT Di ACL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN