Benjamin Mora Didenda RM30,000 Kerana Mengeluarkan Kata-Kata Kesat Kepada Pegawai Perlawanan

Selain daripada Farizal Marlias, jurulatih JDT, Benjamin Mora turut dikenakan tindakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC.

Dalam kenyataan rasmi AFC, Benjamin Mora didapati menggunakan kata-kata kesat ke atas pegawai perlawanan yang bertugas dalam perlawanan Piala AFC.

Mora yang kecewa dengan keputusan pengadil di dalam perlawanan di antara Ceres Negros vs. JDT dalam separuh akhir kedua (semizone ASEAN) di Filipina, tidak dapat menahan emosi beliau.

JDT tersingkir daripada saingan secara aggregate hasil daripada jaringan lewat pemain Ceres Negros selepas pengadil memberikan sepakan penalti.

Ini dirungsingkan lagi oleh kad merah yang dilayangkan kepada Farizal Marlias membuatkan suasana tegang apabila penjaga gol berpengalaman itu menolak pengadil.

Selepas perlawanan tamat, Mora terus melakukan protes ke atas pegawai perlawanan. Pegawai-pegawai perlawanan yang bertugas mendakwa Mora telah memaki hamun mereka dengan kata-kata kesat.

AFC bertegas untuk tidak bertoleransi dengan mana-mana kelakuan yang ofensif ataupun ganas ke atas pegawai perlawanan. Tidak kira ia serangan verbal mahupun fizikal.

Sebarang aduan dan protes seharusnya dilakukan dengan cara dan saluran yang betul.

Selain daripada Farizal dan Mora, 6 kes lagi turut digariskan oleh AFC untuk diambil tindakan. Ianya melibatkan perlawanan ACL di antara Urawa Reds dari Jepun dan Jeju United dari Korea Selatan.

Berlaku juga ketegangan dalam perlawanan tersebut selepas pemain-pemain Jeju juga berkelakukan ganas ke atas pegawai perlawanan.

Beberapa pemain Jeju dikenakan penggantungan dan denda kerana tindakan ganas mereka.

Anda boleh rujuk maklumat lanjutan di pautan AFC di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN