Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memberikan sebab mengapa tidak membawa Gonzalo Cabrera ke saingan AFC Champions League (ACL) 2021.
Sebagai tonggak utama pasukan untuk beberapa musim, ketiadaan Cabrera telah menimbulkan persoalan terutamanya dalam saingan tertinggi Asia ini. Namun, Mora mempunyai alasan untuk menyisihkan pemain sayap kiri berusia 32 tahun itu.
Memetik kenyataannya, Mora dilihat telah memberikan sebab utama mengapa Cabrera disisihkannya, “Gonzalo Cabrera terpaksa diketepikan kerana hanya empat pemain luar negara dibenarkan dan kami ingin memantapkan bahagian pertahanan.
Ini menyaksikan pertahanan baharu JDT, Shane Lowry akan menggantikan slotnya untuk mengukuhkan benteng dalam berdepan cabaran hebat pasukan lawan. Mungkin telah belajar daripada edisi yang lalu, JDT memberi fokus kekuatan di benteng.
Pemain Australia Shane Lowry Kini Sertai JDT https://t.co/V9Z5PUm1rj
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 20, 2021
Dalam aksi berdepan wakil Jepun, Vissel Kobe, JDT tewas 1-5 dalam aksi pertama mereka di ACL. Mereka meletakkan gandingan Mauricio dan Aidil Zafuan dalam perlawanan tersebut sebelum menggunakan pula gandingan Mauricio-Fadhli Shas.
Ketika meletakkan gandingan Mauricio-Fadhli Shas, mereka menang ke atas wakil Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings. Begitupun, Mora nampaknya memiliki perancangan untuk meletak gandingan dua bek tengah import dalam saingan kali ini.
Jelas Mora, “Kami telah memilih Lowry dan bukannya Cabrera sebagai pemain import Asia kerana beliau dapat membantu Mauricio dos Santos di bahagian belakang.”
JDT juga dilihat tidak akan terjejas dengan ketiadaan Cabrera yang bergelut dengan prestasi musim ini apabila JDT masih memiliki pemain-pemain sayap yang berkualiti seperti Akhyar Rashid dan jiga pemain meningkat naik, Arif Aiman Hanafi.
Arif Aiman Buat Pilihan Tepat Pilih JDT, Kini Digelar ‘Revolusi Harimau Selatan’
Kredit: https://t.co/DG1OQjTVKm pic.twitter.com/s8etb9gbaz
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 6, 2021
Mereka juga memiliki Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh untuk diletakkan sebagai pilihan lain pemain sayap menyerang kiri. Keempat-empat pemain baru pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan dalam kelayakan Piala Dunia.
Begitupun, calon utama untuk untuk mengambil alih posisi Cabrera tentu akan digalas oleh pemain berusia 19 tahun yang baru sahaja meraih kaps antarabangsanya bersama Harimau Malaya, Arif Aiman yang cemerlang beraksi di Dubai, UAE.
JDT turut membawa bersama tiga pemain muda daripada JDT II sebagai pendedahan iaitu Feroz Baharudin, Chia Ruo Han dan Firdaus Ramli. Turut mencuri tumpuan adalah penyenaraian pemain tengah, Safiq Rahim dan penyerang, Guilherme de Paula.
Dalam masa tiga hari lagi, JDT bakal membuka saingan di ACL dan mereka telah pun tiba di Bangkok, Thailand, semalam. Mereka bakal bersaing dalam Kumpulan G bersama Pohang Steelers, Nagoya Grampus dan tuan rumah, Ratchaburi Mitr Phol.
Baca lagi artikel lain mengenai JDT dan ACL: