Benjamin Mendy Sertai City Dengan Nilai £52 Juta, Guardiola Belum Selesai Cari Pemain

Manchester City dilaporkan telah bersetuju untuk membayar Monaco £52 juta untuk mendapatkan pemain pertahanan Perancis, Benjamin Mendy.

Pemain berusia 23 tahun yang menyertai Monaco dari Marseille pada musim panas yang lalu tampil sebanyak 34 kali untuk kelab tersebut, dan membantu Monaco bergelar juara Ligue 1 buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Perpindahan Benjamin Mendy ke Manchester City bermakna kelab Manchester itu akan memecahkan nilai rekod perpindahan untuk pemain pertahanan.

Sebelum ini City telah membeli Kyle Walker dengan yuran perpindahan sebanyak £45 juta. Musim panas lalu, City turut membayar Everton £47.5 juta untuk John Stones.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, belum ada apa-apa pengesahan daripada Manchester City melibatkan pembelian Mendy.

Mendy bakal menjadi pembelian keempat pasukan yang berpengkalan di Manchester itu selepas membawa masuk Kyle Walker (kiri, gambar bawah), pemain tengah Portugal Bernardo Silva (£43 juta) dan penjaga gol Brazil, Ederson Moraes (£35 juta).

Ini bermakna Manchester City telah membelanjakan £175 juta hanya untuk mendapatkan 4 pemain tersebut.

Selain daripada Benjamin Mendy, City turut dilaporkan hampir untuk membawa bek kanan Brazil, Danilo daripada Real Madrid.

Sebelum ini Roma turut mengesahkan Aleksandar Kolarov (gambar bawah) telah menyertai mereka daripada Manchester City dengan yuran perpindahan bernilai £4.5 juta.

(Photo by David Howarth/PA Images via Getty Images)

Sebelum perlawanan menentang Maanchester United dalam pertandingan International Champions Cup (ICC) Khamis lalu, Pep Guardiola turut mengesahkan pengurusan kelab sedang berunding untuk mendapatkan empat sehingga lima pemain lagi sebelum sepak mula musim hadapan.

“Mereka adalah pemain muda, dengan perancangan sehingga 5 tahun akan datang untuk kelab ini,” ujar Guardiola kepada wartawan.

“Beberapa pemain lagi akan dibawa masuk. Namun sehingga urusan itu diselesaikan, kita harus menghormati kelab yang terbabit. Sehingga itu, saya tidak boleh berkata apa-apa,” kata Guardiola lagi.

Sumber:

1. Saj Chowdhury, BBC Sport (2017): Benjamin Mendy: Man City agree £52m deal for Monaco left-back; http://www.bbc.com/sport/football/40691689

2. Jonathan Smith, ESPN FC (2017): Man City agree £52m deal for Monaco’s Benjamin Mendy – sources; http://www.espnfc.com/story/3162651/man-city-agree-52-million-deal-for-benjamin-mendy-with-monaco-sources

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN