Kira-kira seminggu yang lalu, Mike Ashley mengumumkan bahawa Rafa Benitez tidak akan kekal di Newcastle. Dan selepas itu, media rasmi kelab terus mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut.
Rafa Benitez ternyata terkejut dengan sikap tidak profesional pegawai Newcastle yang tidak memaklumkan beliau terlebih dahulu. Rafa Benitez hanya mengetahui hebahan rasmi itu menerusi rakannya.
Dan pada 1 Julai 2019, rasminya Benitez tamat kontrak dengan Newcastle United. Rafa Benitez mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Newcastle yang dianggap beliau sebagai penyokong luar biasa.
To Newcastle United fans https://t.co/5gu4eopVjf #NUFC #Newcastle #Toons #ThankYou pic.twitter.com/vLnmVSBGs2
— Rafa Benitez (@rafabenitezweb) July 1, 2019
Cara pengurusan tertinggi melayan Rafa Benitez sebegitu rupa membuatkan ramai penyokong Newcastle marah. Mereka menganggap ianya tindakan memalukan kelab yang penuh tradisi dan sejarah.
Mereka ternyata beranggapan Rafa Benitez tidak seharusnya bekerja di bawah pengurusan Mike Ashley. Rafa Benitez sanggup bersama kelab itu ketika mereka tersingkir ke Liga Championship dan membawa kelab itu naik semula ke EPL.
Yesterday undoubtedly marked the darkest day #nufc fans have seen under Ashley, and the worst in my time as a Newcastle supporter. I've attempted to put down on paper the outrage and sense of nothingness fans feel right now. Any thoughts much appreciated.https://t.co/H9dWB05Gus
— Harry Savill (@HAJSavill) June 25, 2019
Rafael Benitez mengakui beliau sebenarnya masih mahu kekal di Newcastle United, namun semua itu mustahil kerana Mike Ashley.
Rafa: Saya masih sayangkan Newcastle
Dalam temuramah dengan George Caulkin daripada The Times, Benitez berkata: “Saya agak kecewa kerana kita gagal untuk mencapai lebih banyak lagi. Kita gagal untuk bersaing dan mencapai potensi terbaik untuk kelab luar biasa ini.”
“Apa yang saya katakan pada hari pertama – saya masih berpandangan sama pada hari ini – saya nampak potensi pasukan ini, kelab ini, bandar ini dan para penyokong.”
“Anda tidak akan mampu pergi meninggalkan tempat anda dengan 9,000 penyokong bersama anda jika anda tiada potensi. Ini bermakna, ada perkara yang besar di situ. Paling penting, ianya akan kekal selagi-lagi anda menguruskannya sebaiknya.”
“Saya mahu kekal, 100%. Saya mahu membangunkan projek di sini, menjadi kompetitif, bersaing untuk mendapatkan piala dan menamatkan saingan di kedudukan paling tinggi yang kita mampu dalam liga. Namun kamu harus ada alat.”
“Jika tidak, kamu akan menderita, kerana kamu akan berada di dasar liga, setiap mata akan menjadi sangat penting. Dan kamu tahu setiap kesilapan itu bermaksud penyingkiran – itu akan menjadi malapetaka kepada seluruh bandar ini.”
FULL STORY: Rafa – I wanted to stay at #nufc https://t.co/s9iQ7CiuJR
— Lee Ryder (@lee_ryder) July 1, 2019
“Jika orang di atas sana ada idea yang sama dengan saya, maka saya akan terus kekal di sana.”
Ketika ditanya, adakah pihak pengurusan tertinggi sudah hilang kepercayaan kepada beliau?
Benitez berkata: “Ya, kami tiada perkara itu [kepercayaan]. Jadi saya harus memilih. Sebenarnya saya pada awalnya merasakan mereka akan gembira jika saya kekal, namun selepas itu kami ada pandangan yang berbeza tentang bagaimana kamu harus bergerak ke hadapan. Saya sudah tidak nampak sokongan mereka.”
“Saya tidak nampak lagi semangat sepertimana yang saya rasa pada mula dulu.”
Rafael Benitez turut memberitahu bahawa pihak pengurusan menipu beliau tentang isu melibatkan pembinaan pusat latihan yang baharu.
“Mereka memberikan saya pelan untuk pembinaan pusat latihan yang baharu. Saya sudah bercakap dengan arkitek agar mengubah beberapa perkara.”
“Namun selepas beberapa tahun, yang mereka lakukan hanyalah mengecat dinding.”
Bagi Benitez, pengurusan yang tidak mementingkan soal fasiliti dan kemudahan akan menyukarkan kelab menarik para pemain masuk. Ini kerana ramai pemain mahu membangun dalam suasana yang kondusif.
“Jika kamu mahu menarik pemain datang – fasiliti sangat penting, kemudian kontrak, seterusnya bandar ini, cara kamu berhubung dengan ejen pemain.”
“Jika kamu mahukan pemain-pemain gembira, kamu harus terus memperbaiki apa yang ada. Jika kamu mahukan atmosfera yang bagus, hubungan yang sangat kuat di kalangan semua orang, kamu harus memberikan pemain fasiliti yang sebaiknya – dan juga pastikan mereka gembira ketika keluar bersama-sama.”
“Kita dapat lihat perkara seperti itu di kebanyakan kelab. Kerana itulah cara sebaiknya.”
https://twitter.com/CapitalNENews/status/1143206054253203456
Mengulas tentang pertemuan beliau dengan pihak pengurusan tertinggi pada 16 Mei 2019, Benitez memberitahu: “Saya menjangkakan ketika pertemuan itu, semua perkara akan diputuskan. Saya merasakan saya akan kekal.”
Benitez berpendapat sebegitu kerana kelab sudah menjana keuntungan dengan kejayaan kekal di EPL serta polisi kelab yang tidak berbelanja besar dalam beberapa jendela perpindahan.
“Akal fikiran kamu menyatakan, apabila kamu berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan kelab – di mana mereka mahukan saya memastikan kelab ini kekal di EPL – dari segi perniagaan – mereka sudah menjana keuntungan.”
“Mana-mana pemilik pastinya akan berkata, ‘segalanya ok di dalam dan luar padang, kamu sudah menjalankan tugas kamu dengan baik, ini akan menjadi perbincangan yang mudah’. Selepas itu kamu akan cuba untuk memutuskan semuanya.”
“Namun malangnya [di Newcastle] ianya tidak begitu.”