‘Bengkok 90 Darjah’ – Neymar Alami Kecederaan Buku Lali Ngeri Lawan Saint-Etienne

Paris Saint-Germain (PSG) kini pasti resah menunggu setakat mana kecederaan yang dialami oleh Neymar yang mengalami kecederaan buku lali ngeri dalam perlawanan menentang St-Etienne.

PSG menewaskan Saing-Ettiene 3-1 pada hujung minggu dan terus melebarkan kedudukan di tempat teratas Ligue 1, selepas gol jaringan Marquinhos dan Angel di Maria.

Namun jaguh Perancis itu mungkin terpaksa menangguhkan keraian untuk kemenangan tersebut, selepas Neymat terpaksa diusung keluar pada minit ke-85 perlawanan.

Neymar kelihatan terus jatuh ke permukaan padang dan segera meminta pertolongan rakan sepasukan dan kakitangan medik selepas satu sliding tackle daripada Yvann Macon.

Kecederaan tersebut bagaimanapun bukan berpunca daripada tackle oleh Macon secara terus, tetapi disebabkan cara Neymar melakukan kontak ke permukaan padang dengan buku lali.

Bintang Brazil itu kelihatan melompat untuk mengelak hadangan oleh Macon. Namun beliau kemudiannya terpijak bahagian betis lawan, sebelum tergelincir sehingga menyebabkan buku lali menerima impak berat daripada permukaan padang.

Neymar kelihatan menjerit kesakitan disebabkan impak hentakan tersebut. Gambar yang berjaya dirakam oleh jurufoto menunjukkan buku lali Neymar seolah-olah ‘lari’ 90 darjah disebabkan insiden tersebut.

Penyerang Brazil itu kemudiannya terpaksa diusung keluar untuk menerima rawatan lanjut, sebelum digantikan oleh Eric Junior Dina Ebimbe.

“Malang sekali perkara sebegini adalah sebahagian daripada kehidupan yang perlu dilalui atlet,” kata Neymar melalui muat naik Instagram selepas itu.

“Sekarang anda perlu tabah dan terus melihat ke hadapan. Saya akan kembali menjadi pemain lebih baik dan kuat selepas ini.”

Mauricio Pochettino mengesahkan Neymar akan menjalani pemeriksaan lanjut pada hari ini untuk melihat sejauh mana impak kecederaan tersebut.

“Buat masa ini, tiada apa yang perlu diulas,” kata pengurus PSG itu ketika ditanya wartawan mengenai Neymar selepas perlawanan.

“Beliau merasa sangat sakit di buku lali. Esok, beliau akan melakukan pemeriksaan dan kita akan tahu lebih lanjut mengenai tahap kecederaan yang dialaminya.”

Leave a Reply