Laporan di Portugal menyatakan Benfica Mahukan Mourinho sebagai pengurus mereka – selepas pemecatan Rui Vitoria. Gergasi Liga Portugis itu mengesahkan Rui Victoria dipecat selepas 3 tahun mengendalikan kelab tersebut.
Rui Vitoria (gambar) telah membantu Benfica gelaran liga secara ‘back to back’ sebelum ini. Musim lalu Benfica menamatkan saingan di tangga ke-2.
Namun musim ini Benfica agak bergelut dan mengalami beberapa keputusan yang teruk. Kekalahan 2-0 di tangan Portimonense pada Rabu mebuatkan Vitoria hilang jawatan. Bruno Lage – Pengurus Benfica B – dilantik menjadi interim.
Sementara itu, Jose Mourinho pula baru sahaja dipecat sebagai pengurus Manchester United pada bulan Disember lalu. Mourinho digantikan oleh Ole Gunnar Solksjaer – yang juga sebagai interim di Old Trafford.
Dan kini Benfica telah mengenalpasti Mourinho sebagai calon terbaik untuk menggalas cabaran di kelab tersebut. Reputasi bekas pengendali Man. United, Real Madrid, Inter Milan dan Chelsea membuatkan Benfica mahukan Mourinho menggalas tugas di negaranya untuk kali kedua.
Mourinho kini berada negara asalnya dan minggu lalu meluangkan masa ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Liga Portugal.
Mourinho dahulunya, memulakan kerjaya pengurusannya di kelab Benfica – dan membantu pasukan itu menang 6 perlawanan daripada 11 perlawanan.
Namun Jose Mourinho hanya bertahan 3 bulan di Benfica selepas hubungan beliau dengan Presiden yang baru dipilih ketika itu retak.
Benfica juga dilaporkan tidak akan mampu membayar gaji Mourinho sekitar €15 juta semusim. Oleh sebab itu Benfica akan cuba menawarkan kontrak jangka pendek kepada Mourinho. Benfica juga mungkin tidak mampu untuk membayar keseluruhan unit kejurulatihan dimahukan oleh Mourinho.