Benfica Khianati Kelab Divisyen 3 Sweden, Tak Mahu Bayar Klausa Perpindahan Pemain

Benfica telah memungkiri janji mereka bersama sebuah kelab kecil di Sweden, Västerås Sportklubb (VSK).

Mereka dikatakan tidak mahu membayar klausa perpindahan yang telah dijanjikan antara 2 buah kelab ini.

Tidak mahu bayar

VSK merupakan kelab yang bermain di liga divisyen 3 Sweden.

bandypremi-r

Mereka merupakan kelab yang mengalami pelbagai masalah dari segi kewangan.

Namun begitu, hasil bantuan peminat-peminat mereka. VSK berjaya diselamatkan dari diisytihar muflis selepas para peminat mengutip 100 ribu (RM 464 ribu)

Mereka juga berjaya menstabilkan kewangan kelab apabila menjual pemain mereka iaitu Victor Nilsson Lindelöf kepada kelab Benfica pada 2012 dengan jumlah 1 juta. (RM 4.6 juta)

Dalam perpindahan tersebut, terdapat klausa yang memerlukan Benfica membayar 275 ribu (RM 1.3 juta) kepada VSK selepas Victor bermain 10 perlawanan kompetitif bersama Benfica.

3192942-1

Namun Benfica menafikan hak VSK dengan tidak mahu membayar klausa tersebut.

Benfica berpendapat yang mereka sudah menandatangani kontrak Viktor profesional dan tidak perlu membayar klausa tersebut kepada VSK.

Selain daripada itu, Benfica juga dikatakan memberikan kontrak baharu kepada Viktor.

Dalam kontrak tersebut, segala klausa yang dipersetujui oleh Benfica dan VSK dihapuskan dalam kontrak baharu tersebut.

Tindakan ini juga memberi bayangan yang VSK tidak akan memperoleh wang hasil satu lagi klausa perpindahan yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab.

Satu klausa lagi yang dimaksudkan adalah klausa “jualan masa hadapan”.

Klausa tersebut bermaksud jika Viktor dijual ke kelab lain oleh Benfica, VSK akan memperoleh 15%-20% hasil jualan tersebut.

Semestinya jika situasi itu berlaku, pastinya VSK akan untung besar kerana wang yang diterima pasti dapat membantu kewangan kelab.

VSK juga risau kerana Viktor mempunyai klausa perlepasan (release clause) sebanyak €30 juta (RM 139 juta).

Jadi mereka menjangkakan jika Benfica sudah tidak mahu membayar nilai sekecil €275 ribu. Apatah lagi jika mereka mahu membayar nilai berjuta-juta Euro.

Mahu ambil tindakan undang-undang

Disebabkan VSK merasakan mereka seolah dikhianati oleh Benfica. Mereka mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Benfica.

Mereka melantik seorang peguam bernama Lars Nilsson untuk membawa hal ini kepada FIFA.

3gduepif0t1ugy8h4xmdoxojbzmtt2bj

Selain daripada itu, mereka juga menandatangani satu petisyen yang diserahkan kepada Badan Pemain FIFA yang cukup membebankan kelab.

Yuran yang perlu dibayar adalah 5000 Swiss Francs (RM 22 ribu). Bagi kelab sekecil VSK itu merupakan satu jumlah yang besar.

Menurut pegawai kewangan VSK iaitu Christina Liffner (gambar bawah), mereka yakin yang VSK memang berhak untuk mendapatkan klausa itu walaupun cuba dinafikan Benfica.

maxresdefault-1

Usaha yang dilakukan mereka ini cukup membebankan kelab bukan dari segi kewangan sahaja namun dari segi masa dan tenaga.

“Kami jangkakan dengan wang klausa tersebut akan membantu kami menyelesaikan hutang kelab.”

Situasi yang menimpa VSK ini merupakan situasi normal di Portugal.

“Saya bercakap dengan seorang wartawan dari Portugal. Beliau berkata perkara ini adalah normal di Portugal.”

“Banyak kelab Portugal yang melakukan sedemikian kepada kelab-kelab kecil di negara lain.”

Di pihak Benfica pula, mereka mengeluarkan hujah yang mereka cuma perlu membayar klausa tersebut jika Viktor bermain 10 perlawanan kompetitif pada satu-satu tempoh sahaja.

Jika Viktor tidak berjaya bermain 10 perlawanan kompetitif tersebut dalam tempoh masa ditetapkan maka klausa itu akan terbatal secara automatik.

Kini, VSK mengharap campur tangan FIFA dapat mengembalikan hak yang dinafikan Benfica terhadap VSK.

Jika tidak berjaya, VSK akan menjadi satu dari banyak kelab kecil yang tewas kepada kelab besar dalam kes yang serupa.

Baca juga: Kelab Divisyen 7 Jerman, SV Wilhemshaven Menang Kes Mahkamah Lawan FIFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN