Bagaimana Benfica Membangunkan Akademi Caixa Untuk Menghasilkan Produk Terbaik

Benfica telah menjadi antara pusat kepada pembangunan bakat elit bola sepak dunia. DNA ini diperkuatkan lagi dengan pembukaan akademi bola sepak serba moden pada 2006, Caixa Futebol Campus.

Akademi yang menggabungkan teknologi terkini bola sepak, sains sukan, kejurulatihan pakar dalam bidang taktikal dan teknikal.

Mereka mahu membangunkan bakat muda dengan suasana pembangunan yang kondusif dan moden.

Akademi Caixa Campus menempatkan pasukan bawah 15 tahun, pasukan B dan juga tempat untuk berlatih pasukan senior. Mereka dikumpulkan di satu pusat yang sama.

Kompleks 19 hektar ini ada 9 padang bola sepak rumput dan 2 padang tiruan. Salah satu daripadanya menjadi padang perlawanan rasmi pasukan B dengan kapasiti 2,720 penonton.

Di sekitar akademi in ada satu pusat digelar makmal bola sepak. Di sinilah tempat membuat ujian dan mengambil sampel laporan pemain.

Ini termasuk prestasi dan juga keadaan dalaman melibatkan kepekatan darah, degupan jantung dan sebagainya.

Buat masa ini akademi ini telah menempatkan sekitar 60 pemain prospek di sekitar kompleks ini. Kebanyakan prospek tepatan ini mampu untuk akses ke tempat ini dengan mudah dengan kemudahan pengangkutan awam yang ada.

Dalam regulasi biasa akademi bola sepak di Eropah, mereka tidak mahu mengganggu perkembangan kehidupan normal remaja. Jadi mereka tidak mahu memisahkan remaja ini dari rumah dan ibu bapa.

Ini bukan bermakna mereka tidak meluaskan skop ke luar. Jika ada bakat luar biasa dari Amerika Latin misalnya, mereka biasanya didatangkan sekali dengan ahli keluarga mereka.

Pada saat ini, mereka ada 172 pemantau bakat yang dipasang di seluruh dunia. Kesan daripada kemajuan sains sukan dan scouting ini telah membantu mereka meningkatkan bakat baru dengan mendadak.

Antara pengurus pasukan remaja di sini adalah Nuno Gomes. Pasukan kejurulatihan beliaulah yang telah melahirkan bakat-bakat seperti Renato Sanches, Bernardo Silva, Andre Gomes dan Gonçalo Guedes.

Ramai menganggap ini kejayaan besar, namun bagi Nuno Gomes, ini hanya permulaan kepada projek pembangunan bakat muda di sini.

Sebelum ini aspek analitik agak kurang dititikberatkan dalam pembangunan akademi di Portugal. Caixa Campus telah menekankan aspek ini secara kompleks.

Ketika ini, pattern dan kelakuan pemain di dalam dan luar padang direkodkan. Diet, keadaan mental, pemain adalah aspek mandatori di dalam laporan mereka.

Pattern tidur pemain pun direkodkan sekarang ini.

Di dalam padang, mereka akan dianalisis dengan sensor GPS. Keadaan jantung mereka dianalisis berdasarkan kadar jarak dan kelajuan pemain.

Setiap kali selepas latihan dan perlawanan, keadaan otot akan dianalisis serta laporan segera akan diberikan kepada setiap jabatan.

Semua data ini akan digunakan sebagai panduan untuk mereka menyemak semula kaedah latihan, aturan diet untuk setiap pemain dan program khas. Sama ada ia perlu diperbaiki, diteruskan ataupun dikurangkan.

Semua aspek ini yang banyak membantu Nuno Gomes dalam membangunkan pemain muda beliau. Semua pembelajaran membolehkan semua orang sentiasa berkait rapat dalam tugasan mereka.

Ini termasuk pengurus, jurulatih, chef serta pegawai-pegawai lain.

Hal ini digariskan oleh presiden kelab iaitu, Luís Filipe Vieira beberapa bulan lalu berkata:

“Kami akan cuba membentuk satu pasukan yang dibentuk dari 100% dari akademi kami sendiri. Itu pelan jangka panjang kami. Dan kami yakin untuk mencapai hasrat itu.”

The director of SL Benfica have inaugurated the new Benfica Academy/Training Center, named Caixa Futebol Campus. This is the new space where young players will develop their attributes, and all the football players will practice from now on. (Photo by CityFiles/WireImage)

Dengan keadaan pasaran pemain yang semakin tinggi, Benfica sukar untuk bersaing dengan kelab besar yang lain. Jadi, mereka fokus kepada membangunkan bakat sendiri dan menjualnya keluar dengan harga tinggi.

Anda pastinya masih teringat ketika Renato Sanhces dibeli dengan harga €35 juta oleh Bayern Munich.

Sejak akademi yang beroperasi Seixal ini ditubuhkan mereka telah menjana €376 juta daripada penjualan pemain.

Ada satu persoalan. Jika mereka berterusan menjadi kelab menjual, bila pula cita-cita presiden mereka untuk menghasilkan pasukan kuat dengan bintang homegrown mereka akan dicapai?

Jadi ada conflict of interest berlaku dalam hal ini. Jurulatih di peringkat akar umbi sangat komited dengan tugas untuk menghasilkan pemain remaja berkelas dunia.

Namun di peringkat piramid lebih tinggi, mereka akan menerima bidaan tinggi. Bagi jurulatih pembangunan ini, mereka pastinya tidak kisah pasal harga ratusan juta.

Mereka lebih suka melihat pemain-pemain yang mereka bangunkan ini berkhidmat dan membantu Benfica memenangi kejuaraan terbesar di Eropah terlebih dahulu.

Apa yang boleh kita pelajari adalah, komitmen mereka untuk membangunkan bakat muda dengan sains sukan dan kepakaran taktikal serta teknikal adalah aspek penting dalam pengurusan bola sepak moden.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN