Bendtner Dijatuhkan Hukuman Penjara Selama 50 Hari

Bekas penyerang Arsenal, Niklas Bendtner dijatuhkan hukuman penjara selama 50 hari di Denmark kerana mencederakan seorang pemandu teksi.

Namun demikian, penyerang berusia 30 tahun yang kini beraksi bersama Rosenborg telah dilepaskan sehingga proses rayuan akhir didengar di Mahkamah Tinggi Denmark.

Insiden melibatkan Bendtner itu berlaku pada September lalu. Mahkamah City di Copenhagen diberikan bukti rakaman CCTV yang memperlihatkan Bendtner memukul pemandu teksi itu di bahagian muka.

Pemain antarabangsa Denmark itu mengakui perbuatan tersebut, tetapi beliau berkata tindakan itu dilakukan kerana beliau rasa diancam.

Bendtner berkata pemandu teksi tersebut membaling botol dan tin minuman ke arah beliau dan teman wanita selepas mereka pergi meninggalkan teksi tersebut tanpa memberikan bayaran.

Berikutan perkara itu pegawai eksekutif kelab Bendtner di Norway, Rosenborg berkata:

“Kami berpendapat perkara ini tidak bagus untuk reputasi kelab dan juga Nikclas [Bendtner]. Tetapi beliau akan kekal di kelab ini. Beliau akan kekal di sini,” ujar Tove Moe Dyrhaug.

Rosenborg’s Danish football player Nicklas Bendtner and lawyer Anders Nemeth talk to the media as they arrive for a hearing at Copenhagen City Council on November 2, 2018. – Nicklas Bendtner has been charged with violence against a taxi driver in Copenhagen while the driver has been charged with attempted violence. (Photo by Martin Sylvest / Ritzau Scanpix / AFP) / Denmark OUT (Photo credit should read MARTIN SYLVEST/AFP/Getty Images)

Bendtner beraksi bersama Arsenal di antara tahun 2005 sehingga 2014. Di dalam tempoh itu, beliau telah tampil di dalam 171 perlawanan, dan menjaringkan 45 gol untuk The Gunners.

Bendtner juga tidak berada di dalam skuad akhir Denmark untuk kejohanan Piala Dunia di Rusia pada musim panas lalu akibat kecederaan.

Sebelum menyertai Rosenborg, Bendtner turut pernah beraksi untuk beberapa kelab lain secara pinjaman seperti Sunderland, Birmingham City,dan Juventus, sebelum meninggalkan Arsenal untuk berpindah secara tetap ke Jerman bersama Wolfsburg.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN