Bendera JDT Dikibar Separuh Tiang Buat Syafiq Ahmad

Syafiq Ahmad kemalangan JDT 2020

Awal pagi tadi kita telah dikejutkan dengan kemalangan teruk yang melibatkan seorang penyerang muda negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad.

Kemalangan tersebut telah meragut nyawa anak lelakinya, Aisy Saqeef yang berusia 22 hari, ibu mertuanya, Zainab Wahab dan juga pembantu warga Indonesia, Titik Sukamti. Isterinya, Nur Amalina Nur Ain dilaporkan mengalami cedera parah. Syafiq Ahmad bersama anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, dua tahun, hanya cedera ringan.

Kejadian telah berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, kira-kira jam 5.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Pendang dari Johor.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Syukur @ Mohd Ilhami Musa ketika bercakap kepada media berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Sebaik tiba, sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk dipercayai akibat terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, “Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,”

Menurutnya lagi, mangsa yang tersepit semuanya berjaya dikeluarkan kira-kira sekitar pukul 6.10 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Laman Johor Southern Tigers dalam pada itu mengumumkan bendera JDT di Stadium Sultan Ibrahim akan dikibarkan separuh tiang, stadium diterangi dengan lampu putih dan mesej takziah dipaparkan di skrin besar sebagai tanda penghormatan kepada Syafiq Ahmad sekeluarga. Upacara Tahlil juga akan diadakan selama tiga hari.

Selain itu, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor juga telah menghantar Setiausaha Sulit Baginda bersama dengan pegawai agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Pulau Pinang untuk membantu Syafiq Ahmad.

Dikesempatan ini, kami di Semuanya BOLA juga ingin mengucapkan salam takziah buat Syafiq Ahmad sekeluarga dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel mengenai Syafiq Ahmad dan JDT:

Analisis Teknikal: Syafiq Ahmad, Pemain Muda Berpotensi

Safawi Rasid Dan Syafiq Ahmad Adalah Penjaring Utama Harimau Malaya 2019

Piala Malaysia 2019: Saya Tidak Risau Masukkan Syafiq Ahmad Untuk Diogo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN