Daouda Peeters amat mengenali Cristiano Ronaldo. Peeters kebiasaannya beraksi untuk skuad Juventus B-23, tetapi kerap menjalani latihan bersama skuad utama Old Lady.
Pemain muda itu sudah pun diberikan penampilan pertama bersama pasukan utama di Serie A pada musim lalu, dan digandingkan dengan bintang Portugal tersebut.
Setelah berita mengenai kapten Portugal itu menolak minuman Coca-Cola menjadi tular di Euro 2020, Peeters turut sempat berkongsi mengenai diet kapten Portugl itu yang sentiasa menjadi rujukan beliau untuk menjadi pemain yang berjaya suatu hari nanti.
Berikut adalah antara diet yang diamalkan oleh Ronaldo seperti yang dikongsikan oleh Peeters.
“Beliau selalu makan benda yang sama berulang kali: broccoli, ayam dan nasi,” dedah Peeters kepada HLN seperti yang ditulis oleh MARCA.
“Ronaldo juga minum berliter-liter air kosong. Tiada langsung Coca-Cola. Ini kerana Cristiano mahu sentiasa menjadi pemenang di mana sahaja. ”
Daouda Peeters:
"He does not do those abdominal exercises out of vanity, but because he sees his body as an instrument for work." pic.twitter.com/K3tonvWIIy
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) June 26, 2021
Pemain skuad Belgium B-21 itu juga mendedahkan bagaimana rapinya Ronaldo menjaga dirinya sepanjang musim yang panjang.
“Beliau selalu melakukan senaman di bahagian abdomen (otot perut) dan ada sebabnya Ronaldo berbuat demikian. Ini kerana beliau melihat badannya sendiri sebagai satu instrumen untuk melakukan pekerjaan,” sambung Peeters.
“Ia bukannya kerana Ronaldo suka berdiri di depan cermin untuk beberapa jam dan bangga akan penampilannya. Dia tidak ada masa untuk itu.
“Apabila berada di pusat latihan kelab, ianya sentiasa untuk melakukan latihan untuk Ronaldo. Beliau benar-benar hidup untuk melakukan pekerjaannya.”
Latihan dan diet
Otot yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo memungkinkan beliau melakukan perkara yang dianggap mustahil dan sukar di dalam bola sepak.
Pemain seperti Ronaldo menggunakan latihan mengangkat pemberat yang sangat berat dalam beberapa bahagian untuk membangunkan otot-otot ini.
Semasa sesi latihan, Ronaldo yang memiliki berat 85kg akan mampu menaikkan berat dengan jumlah yang sama dengan lebih daripada 16 kereta Toyota Prius.
Diet juga memainkan peranan. Patrice Evra pernah berkongsi bagaimana berat dan sukarnya mengikuti rejim pemakanan yang diamalkan oleh Ronaldo.
Atlet seperti Ronaldo akan banyak mengambil makanan berasaskan protein seperti ikan, telur dan daging, Hanya sedikit gula dan karbohidrat digunakan untuk tujuan pengumpulan tenaga yang digunakan ketika latihan. Maka tidak hairanlah nasi juga menjadi sebahagian daripada diet Rinaldo.
Ini menjelaskan mengenai laporan perubatan Ronaldo yang membuatkan doktor kagum ketika beliau baru menyertai Juventus.
Badan Cristiano Ronaldo hanya mengandungi 7% lemak dan ianya kurang hampir 3% daripada kandungan lemak dalam badan yang dimiliki oleh atlet sukan profesional di dunia.
Otot (muscle) beliau pula 4% lebih tinggi daripada purata atlet profesional yang lain pada kadar 50%. Ini adalah rumusan daripada perubatan beliau:
Kandungan lemak: 7% (purata atlet profesional pada kadar 10-11%). Komposisi otot: 50% (purata atlet profesional pada kadar 46%)
Rumusan
Tidak semua manusia atau pemain bola sepak mempunyai bakat seperti Cristiano Ronaldo. Apatah lagi displin diri ketika latihan dan dalam aspek penjagaan makanan.
Ia memerlukan banyak pengorbanan peribadi. Tidak hairanlah mengapa pemain seperti beliau dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia pada hari ini.
Baca artikel menarik lain mengenai Cristiano Ronaldo: