Ben Davis: Saya Tidak Akan Kembali Ke Singapura, Tiada Kesalan

ben-davies-fulham

Mungkin ianya satu tamparan buat Singapura apabila, Ben Davis, pemain yang pernah dilabel sebagai warga Singapura dan Asia Tenggara yang pertama berpeluang beraksi bersama sebuah kelab Liga Premier Inggeris (EPL), Fulham – Julai tahun lalu, akhirnya memilih untuk tidak lagi pulang ke Kota Singa itu selepas ini.

Ini berikutan rayuannya untuk dikecualikan daripada program Khidmat Negara telah ditolak oleh Kementerian Pertahanan Singapura berikutan ‘tiada kelebihan’ buat negara tersebut.

Pada Ogos lalu, Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng telah menjelaskan kepada Parlimen yang permohonan keluarga Ben Davis dilihat tiada kepentingan untuk peringkat nasional.

“Ini keputusan yang tepat,” ujar Ben Davis yang telah ditemui oleh sebuah media Singapura, CNA di Bangkok ketika menyertai kem latihan Thailand B-23 untuk Sukan SEA 2019, baru-baru ini.

ben-davis_fas_1
FOTO: FAS

Ben Davis merupakan pemain termuda yang berada di kem latihan tersebut dan satu-satunya pemain yang beraksi di luar Thailand.

“Saya rasa, saya tidak akan kembali [ke Singapura]. Saya okay dengan keputusan ini. Bagi saya, segalanya adalah demi kejayaan karier bola sepak saya. Saya tidak akan pandang ke belakang.

“Saya merasakan Thailand dan England adalah negara asal saya. Dan ibu saya juga mahukan saya beraksi untuk Thailand, jadi saya mahu banggakannya. Itu adalah sebabnya,” jelas Ben Davis sambil menyatakan ada sedikit rasa terkilan kerana tidak akan berpeluang melawat keluarga dan rakan-rakan di Singapura lagi selepas ini.

Ini kerana, jika pemain berusia 18 tahun itu didapati memasuki Singapura selepas ini, beliau sama ada akan berdepan denda yang berat (S$10,000) ataupun akan dipenjara minimum tiga tahun.

“Saya sentiasa mahu bermain untuk Thailand atau England kerana standardnya yang lebih baik selain ianya tempat asal saya. Ketika di Singapura, ianya sukar kerana saya membesar menerusi sistem dan mula bermain bola sepak di sana, itu sahaja yang saya tahu.

“Mereka [rakan-rakan di Singapura] gembira untuk saya. Mereka menyokong saya. Mereka tidak kecewa atau marah kepada saya [tidak memilih Singapura], tetapi tunggu apabila kami berdepan satu sama lain nanti,” jelas Ben Davis sambil tersenyum.

Ben Davis telah diberikan debutnya dan peluang beraksi bersama Fulham ketika saingan Piala Liga menentang Southampton pada Ogos lalu sebagai pemain gantian, dimasukkan pada minit ke-89 – Fulham telah tewas 0-1 dalam perlawanan tersebut.

Kredit Featured Image: Instagram Fulham FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN