Belum Sempat Dakap, Safee Sali Mahu Julang Piala Malaysia Sebelum Bersara

Safee Sali KL City PJ City 2021

Penyerang berpengalaman Kuala Lumpur City FC, Safee Sali mengharapkan dia mampu menjulang trofi TM Piala Malaysia buat pertama kali dalam kariernya setelah masih kempunan melakukannya dalam tempoh 20 tahun bergelar pemain.

Sudah menginjak usia 37 tahun, penyerang berkenaan mengakui ini detik terbaik untuk merasai nikmat tersebut bagi melengkapkan koleksi kejuaraan utama domestik yang pernah dimilikinya di Liga Malaysia.

Setakat ini dia sudah merasai kejayaan memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah ketika bersama Selangor (2009-2010) dan Johor Darul Ta’zim (2014-2016).

“Secara jujur, saya mengharapkan ada rezeki buat kali ini bersama KL City kerana belum ada rezeki saya memenangi Piala Malaysia dengan tiap pasukan yang saya sertai.

“Saya sudah merasai kejayaan memenangi trofi utama sepanjang bermain di Liga Malaysia tetapi jika berjaya memenangi Piala Malaysia, maka lengkaplah koleksi kejuaraan buat saya sepanjang bergelar pemain.

“Bersama KL City, saya akan berusaha sedaya membantu pasukan mara sejauh mungkin dan berdasarkan prestasi hebat kami di laman sendiri yang belum tewas, saya rasa kami mampu melakar sesuatu.

“Segalanya tampak menjadi kebelakangan ini dengan segala kerja keras rakan sepasukan yang dipamerkan semasa latihan, mula membuahkan hasil dan harap rentak positif mampu diteruskan sepanjang saingan TM Piala Malaysia,” katanya.

Kuala Lumpur City buat masa ini menduduki tangga kedua Kumpulan A selepas meraih empat mata hasil kemenangan 3-1 berdepan Sri Pahang FC selain mengikat Penang FC, 1-1 di Stadium Bandaraya.

Dalam masa sama, meluahkan rasa terujanya apabila berjaya meraih semula kepercayaan ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak setelah sekian lama diletakkan di bangku simpanan.

Bukan sahaja diturunkan dalam empat perlawanan terakhir bersama Kuala Lumpur City pada perlawanan Liga Super dan TM Piala Malaysia 2021 malah penyerang berusia 37 tahun ini turut diberi peranan selaku ketua pasukan.

“Ketiadaan penyerang import (Kyrian Nwabueze) selain ketiadaan Paulo Josue pada waktu itu yang cedera, mungkin membuka ruang buat saya untuk diturunkan malah saya berpuas hati dapat sumbangkan satu gol semasa bertemu Kedah.

“Apabila diturunkan buat pertama kali, tidak dinafikan ada perasaan kekok kerana sekian lama tidak bermain tetapi saya rasa bersyukur sudah boleh menyesuaikan diri.

“Saya harap jurulatih, Bojan akan terus berikan peluang buat saya untuk beraksi sepanjang saingan TM Piala Malaysia walaupun ada kalanya beliau mungkin ada perancangan tersendiri dalam soal susunan pemain pada tiap perlawanan,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Safee, penjaring terbanyak Piala AFF 2010 diturunkan sembilan kali sebagai pemain gantian pada 20 perlawanan Liga Super sebelum menjadi pilihan Bojan mengisi posisi penyerang utama pada dua perlawanan terakhir.

Bojan pernah merancang untuk menurunkan Safee pada perlawanan dengan Sabah pada 4 Ogos lalu tetapi dia disahkan mengalami demam denggi dan terpaksa berehat panjang.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN