Belum Sempat Beraksi, Penyerang Import Baharu Terengganu Sah Alami Kecederaan

Penyerang import baharu Terengganu iaitu Nelson Bonilla dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian otot dan berkemungkinan besar tidak dapat mencipta penampilan sulung pada hari esok.

Terdahulu, Terengganu bakal berkunjung ke Likas untuk menghadapi aksi Liga Super 2024/2025 seterusnya dengan membabitkan pertemuan bersama pasukan tuan rumah iaitu Sabah.

Untuk rekod dua pertemuan musim ini di pentas Piala FA, jelas ianya memihak secara keseluruhan buat Terengganu yang mencipta kemenangan agregat 7-0 ke atas The Rhinos baik di laman sendiri serta gelanggang lawan.

Malah, rekod di gelanggang lawan juga menjadi milik Sang Penyu yang menundukkan skuad kendalian Datuk Ong Kin Swee menerusi kemenangan 3-0.

Walaupun begitu, sejak kebelakangan ini prestasi semasa Terengganu tampil kurang konsisten terutama di posisi serangan sehingga menimbulkan kritikan dalam kalangan penyokong di media sosial.

Tampil dengan perubahan baharu, Sang Penyu berjaya menandatangani khidmat penyerang kebangsaan El Salvador iaitu Nelson Bonilla untuk memperkukuhkan posisi hadapan mereka.

Walaupun begitu, kemungkinan besar untuk penyokong Terengganu melihat aksi Bonilla mungkin tidak kesampaian kerana beliau dihimpit isu kecederaan.

Menurut Tomislav Steinbruckner selaku jurulatih utama Terengganu, beliau mengesahkan bekas penyerang di Liga Thailand itu mengalami kecederaan ketika bersama pasukan kebangsaan.

Selain Bonilla, pemain pertahanan tengah Terengganu iaitu Shahrul Nizam juga dilaporkan bakal terlepas pada aksi ini kerana mengalami kecederaan pad bahagian paha sewaktu sesi latihan.

“Penyerang baharu itu (Bonilla) berkemungkinan besar terpaksa diketepikan akibat kecederaan otot ketika membantu pasukan negaranya baru-baru ini.

“Bagaimanapun kapten skuad El Salvador itu yang baharu disenaraikan pada jendela kedua perpindahan pemain tetap bersama kami ke Sabah, tapi sama ada dia beraksi ataupun tidak kita belum pasti kerana perlu dinilai tahap kecederaannya.

“Namun Shahrul Nizam pasti tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan paha ketika sesi latihan, tapi kita tidak runsing kerana beberapa pemain lain boleh menggantikan tempat dua pemain itu,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Menerusi pengamatan kami, Terengganu dijangka akan terus mempertaruhkan penyerang dari Nigeria iaitu Ishameel Akinade selaku tonggak utama untuk menghadapi Sabah.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN