Belum Pun Sah Sertai Man Utd, Raphael Varane Sudah Kena Troll Penyokong Lawan

Belum pun sah Raphael Varane akan menyertai Manchester United, sudah ada penyokong lawan khususnya dari kalangan penyokong lawan dari kelab Premier League mempersendakan/troll pemain itu.

Malah beberapa aksi komikal dan kesilapan yang pernah dilakukan oleh pemain pertahanan Perancis itu kini mulai tular di media sosial dikongsikan oleh penyokong Liverpool, Chelsea, dan juga Manchester City.

Tindakan tersebut mungkin dilihat seperti gurauan sesama penyokong di dalam bola sepak. Atau adakah ia juga petunjuk penyokong lawan kini gentar perpindahan tersebut bakal menjadi kenyataan?

Manchester United sebelum ini dilaporkan sangat hampir untuk melengkapkan perpindahan bintang Perancis berusia 28 tahun tersebut dari Real Madrid dan sanggup membayar £10.2 juta untuk gaji pemain itu.

Varane kini memiliki baki kontrak selama setahun bersama Real Madrid, dan Los Blancos dipercayai menuntut bayaran sebanyak £50 juta untuk pemenang Piala Dunia 2018 itu.

Ole Gunnar Solskjaer berpendapat Varane adalah pemain pertahanan tengah dengan profil yag dikehendakinya untuk digandingkan bersama Harry Maguire di bahagian benteng.

Selain Varane, United turut mengejar bek kanan berusia 30 tahun, Kieran Trippier dari Atletico Madrid. Trippier yang membantu Atletico Madrid menjuarai La Liga pada musim lalu dilaporkan bernilai sekitar £18 juta.

Jika United berjaya mengesahkan Varane dan Trippier pada musim panas ini sebagai pemain baharu mereka, ini bermakna Solskjaer membelanjakan £140 juta pada musim panas ini, termasuk Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

Berikut adalah antara aksi-aksi luar biasa Varane yang dijadikan bahan ketawa oleh penyokong kelab lain di media sosial.

https://twitter.com/T_r_o_n_21/status/1416803152272232451

Berdasarkan profil penguna di atas, @T_r_o_n_21 dipercayai seorang penyokong Chelsea, manakala @LFCElements yang berprofilkan gambar Mohamed Salah adalah seorang penyokong Liverpool.

https://twitter.com/CFCKRlS/status/1416506297193803776

Sebenarnya perkongsian-perkongsian di atas ada benarnya. Raphael Varane sememangnya memiliki rekod melakukan kesilapan ketika beraksi bersama Real Madrid, khususnya di pertandingan UEFA Champions League (UCL).

Menurut Who Scored, Varane adalah pemain yang paling kerap melakukan kesilapan individu di UCL sepanjang tahun 2020 dan menjadi salah satu sebab Real Madrid tidak mampu kekal di pertandingan itu pada musim lalu.

Data tersebut turut memberi indikasi prestasi Varane pada hari ini sudah merosot dan tidak sama seperti empat lima tahun lalu ketika beliau berada di kemuncak karier.

Ianya mungkin perkara biasa bagi penyokong lawan mempersendakan pemain dari kelab lain. Apa pula pendapat penyokong Manchester United? Adakah Rapahel Varane adalah pembelian tepat pada musim panas ini?

Nyatakan pendapat anda semua di ruangan komen. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak antarabangsa melalui pautan:

3 Sebab Nagelsmann Perlu Yakin Patrik Schick Pengganti Terbaik Lewandowski Di Bayern Munich

4 Kelakuan Luar Biasa Mourinho Yang Mencuri Perhatian Sejak Sertai AS Roma

Dianggap Pakar Perpindahan Chelsea, Marina Akhirnya Bertemu Buku Dengan Ruas?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN