‘Belum Boleh Move On’ – Permohonan Maaf Asnawi Dibalas Dengan Sindirian Oleh Safuwan

Dengan tidak semena-mena permohonan maaf pemain pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam disindir oleh pemain Singapura, Safuwan Baharudin.

Walaupun pertandingan Piala AFF sudah hampir sebulan berlalu, luka tersingkir di tempat sendiri kepada Indonesia seperti masih terkesan pada Safuwan.

Asnawi menjadi perhatian ramai kerana perbuatannya di separuh akhir Piala AFF di antara Indonesia dan Singapura pada Disember lali. Pemain itu dituduh mengejak pemain sayap Singapura, Faris Ramli selepas pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Ulang tayang perlawanan menyaksikan Asnawi menghampiri Faris sambil memegang tangan lawannya itu sebelum dilerai oleh beberapa pemain Singapura yang lain. Perlawanan panas itu berakhir selepas 120 minit, memihak kepada Indonesia dengan jaringan 4-2.

Asnawi pada mulanya menafikan mengejak Faris Ramli. Pemain yang berkelana di Korea Selatan bersama Ansan Greeners itu sebaliknya berkata beliau mengucap terima kasih kepada Faris kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Perbuatan tersebut dilihat ramai sebagai sarkastik dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

Asnawi akhirnya mohon maaf

Selepas sebulan insiden tersebut berlaku, Asnawi akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka melalui muat naik di akaun Instagramnya.

Berkongsi foto insiden tersebut, Asnawi turut menulis: “Ada yang ingat akan momen ini? Maaf, insiden ini tidak sepatutnya ditiru, tetapi ia berlaku secara spontan dan saya mengucapkan terima kasih kepada Faris,” ujar bek kiri itu.

https://www.instagram.com/p/CZLolebPnJM/?utm_source=ig_web_copy_link

Dan dengan tidak semena-mena, permohonan maaf tersebut disindir oleh rakan sepasukan skuad kebangsaan Singapura Faris, iaitu Safuwan Baharudin.

Bersama tangkap layar muat naik Asnawi, Safuwan menanggap apa yang dilakukan oleh Asnawi itu sebagai sesuatu yang kelakar.

“Ucap terima kasih kepada Faris, lawak apa ini kawan?” tulis Safuwan di Insta Story.

Tidak cukup dengan itu, Safuwan turut berkongsi momen dirinya dilayangkan kad merah oleh pengadil – juga dalam perlawanan menentang Indonesia. Safuwan denga sarkastik turut menggunakan kata-kata yang sama dengan Asnawi.

“Ada yang ingat momen ini? Maaf, insiden ini tidak sepatutnya ditiru, tetapi ia berlaku secara spontan dan saya ucap terima kasih kepada pengadil,” ujar Safuwan dengan nada sindiran.

Semua pihak harus move-on

Kekalahan sememangnya sukar untuk ditelan. Adakalanya cara kekalahan itu menjadikannya lebih perit, dan sudah adat di dalam pertandingan akan ada yang kalah dan ada yang menang. Tetapi di dalam situasi di atas, semua pihak [semua juga pemain profesional] wajar move on.

Kalau pemain sendiri tak cukup tenang dalam menangani situasi, bagaimana kita harapkan penyokong juga berbuat demikian? Pemain bola sepak juga manusia biasa, dan tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Oleh kerana itu, sebaik-baiknya semua pihak sentiasa harus bermaaf-maafan dan move on untuk menjadi lebih baik di kemudian hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN