Belum Ada Pemain Import Berjaya Pikat UiTM FC Dan Frank Bernhardt

Frank Bernhardt UiTM FC Liga Super 2020

Pengendali baharu UiTM FC, Frank Bernhardt dilihat belum dapat memastikan calon pemain import buat pasukannya sehingga kini dan tetap akan cuba memuktamadkannya pada minggu hadapan.

Bercakap kepada Buletin Utama, bekas pengendali skuad B-23 negara itu kurang berpuas hati dengan tahap kecergasan calon pemain import yang ketika ini mencuba nasib bersama pasukan.

Antara pemain yang hadir mencuba nasib adalah pemain dari Australia dan Sweden namun mereka perlu bekerja lebih keras untuk memikat pengendali yang dikatakan ‘cerewet’ itu.

Frank Bernhardt mahu memastikan pemain import yang dipilih nanti akan dapat membantu pasukan dan segera menyesuaikan diri dengan pasukan dan pastinya persekitaran Liga Malaysia.

“Kami perlu pastikan pemain [import] yang dipilih nanti boleh menyesuaikan diri dan membantu pasukan. Kami telah membuat banyak sesi percubaan dan ramai pemain asing yang hadir.

“Tetapi, buat masa ini, tiada seorang pun yang berjaya menarik minat saya 100 peratus,” jelas pengendali berusia 50 tahun itu.

Tambahnya lagi, UiTM FC tetap menyasarkan untuk melengkapkan senarai empat pemain import bagi membolehkan mereka dapat bersaing bersama pasukan-pasukan besar di Liga Super.

Dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menetapkan pendaftaran pemain boleh dibuat selewat-lewatnya pada 15 Mac depan, The Lions dilihat masih memiliki ruang masa dalam menilai pemain.

Pada musim 2019, UiTM FC yang menjadi universiti pertama layak bersaingan di liga tertinggi di Malaysia, Liga Super telah meraih promosi selepas menamatkan musim di kedudukan ke-5 Liga Premier dan menggantikan PKNS FC yang menjadi feeder club.

Di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Ismail Zakaria, pasukan yang rata-rata dibarisi pemain universiti berkenaan telah mengumpul 29 mata, dengan hanya satu mata di belakang PDRM FA dan Terengganu FC II, yang tidak diberikan tiket promosi.

Musim lalu, UiTM FC memiliki pemain import berkualiti iaitu penyerang, Zarko Korac yang meledak 13 gol serta telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Premier selain gandingannya yang meledak tujuh gol iaitu Robert Mendy.

Dengan bajet musim lalu yang dikekalkan, UiTM FC perlu bekerja lebih keras bagi bersaing di Liga Super dengan sasaran diletakkan adalah untuk kekal di Liga Super pada penghujung musim.

Kredit Foto: UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN