Bellerin: “Alexis Sanchez Kadangkala Terlalu Mendesak Rakan Sepasukan Untuk Menang”

Selepas melemparkan kritikan pedas kepada Arsenal Fan TV, dalam sidang media yang sama di Oxford Union, Hector Bellerin memberitahu yang Alexis Sanchez seorang yang suka mendesak dan meminta terlalu banyak daripada rakan sepasukan demi untuk menang.

Bellerin nafikan laporan media yang bilik persalinan mereka berpecah ketika perlawanan Crystal Palace pada Disember di mana ada beberapa pemain tidak meraikan gol Sanchez.

Ramai media membuat spekulasi pemain-pemain Arsenal sudah tidak ada hati dengan Sanchez yang ketika itu masih tidak melanjutkan kontrak beliau. Beliau menjelaskan:

“Alexis pemain yang luar biasa, bagi saya dia adalah salah seorang pemain terbaik dalam EPL. Tetapi dia seorang pemain yang sentiasa mahu menang. Dia meminta (demand) daripada semua orang dan kadangkala agak melampau bagi rakan sepasukan.”

“Yang positifnya, sudah pastilah kerana beliau mahukan kemenangan. Dia hanya mahu menang, tak kiralah dengan siapa lawan kami. Pada ketika dia bermain di Arsenal, dia sentiasa mahu berikan 100% untuk Arsenal.”

“Walaupun musim ini sebelum beliau pergi ada beberapa perkara yang berlaku, tetapi saya masih percaya dia tetap berikan 100% dalam setiap perlawanan.”

Bellerin antara beberapa pemain Arsenal tidak meraikan gol Sanchez ketika pemain itu menjaringkan 2 gol menentang Crystal Palace.

Henry ketika itu bertugas sebagai pundit mempersoalkan apa yang sudah berlaku di bilik persalinan Arsenal. Bellerin menjelaskan:

“Saya ingat lagi ketika itu saya hanya berada di belakang dan pergi ke arah Calum Chambers kerana kami membincangkan beberapa perkara taktikal.”

“Bagi saya, meraikan gol adalah perkara yang penting. Tapi tamat perlawanan itu, media terus keluar dengan cerita, oh! bilik persalinan mereka terpecah. Mereka terus menjual cerita itu.”

“Itu memang sudah kerja mereka. Apa yang anda baca di atas kertas tidak menggambarkan akan yang sebenarnya berlaku. Ia tak seteruk yang orang gambarkan, Alexis Sanchez sentiasa mahukan yang terbaik untuk kelab dan kami semua ucapkan selamat maju jaya kepada beliau.”

Ditanya soalan cepu emas, mana lebih penting, menang Piala Dunia dengan Sepanyol ataupun menang UCL dengan Arsenal. Belleri memilih menang Piala Dunia dengan Sepanyol.

“Rasanya, bermain untuk negara anda adalah sesuatu yang sangat bermakna berbanding dengan bermain untuk kelab. Anda bermain mewakili negara anda, asal kelahiran anda, tempat anda membesar. Semua rakan dan keluarga anda dari sana, jaid ia adalah lebih bermakna.”

“Saya juga percaya, pemain yang membesar dengan menyokong Arsenal kemudian bermain untuk Arsenal, juga merasakan perkara yang sama mahu mambantu Arsenal menjuarai UCL.”

“Berbeza dengan saya, saya bukannya membesar dengan menyokong Arsenal. Saya bukan lahir di sini. Masih juga saya memahami betapa bermaknanya kelab ini kepada semua orang apabila saya menyarung jersi ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN