Pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof telah menitipkan pesanan dan nasihat khusus buat pemain-pemain bola sepak di Malaysia mengenai pengurusan kewangan.
Ketika dunia dilanda pandemik COVID-19 ini, banyak pemain bola sepak yang terkesan terutamanya apabila saingan liga dihentikan sementara, malah ada di sesetengah negara, pertandingan bola sepak telah ditamatkan saingannya musim ini.
Walaupun Malaysia masih belum memiliki keputusan rasmi mengenai saingan liga musim ini, namun kesannya sangat terasa terutamanya kepada beberapa pasukan yang dilihat mengalami masalah tunggakan gaji seperti Kedah dan Kelantan.
Mungkin atas pengalaman yang dilaluinya ketika ini, disamping perkongsian dua pemain skuad kebangsaan iaitu Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh gambar kereta mewah mereka, Azmeer Yusof selaku ‘abang’ tampil memberi nasihat.
“Ada sesuatu yang mahu saya kongsikan kepada anda semua terutamanya pemain-pemain bola sepak yang sedang merasa gaji besar sekarang ini,” titip Azmeer Yusof sebagai pembuka bicara di laman fanpage Facebook, Azmeer Yusof 25.
Menurutnya, ia adalah berdasarkan pengalamannya yang pernah membeli tujuh buah kereta ketika di zaman kemuncaknya. Ketika itu beliau memiliki pendapatan tinggi dan hidup mewah namun tidak memikirkan langsung mengenai masa depannya.
Azmeer Yusof berkata yang beliau merasa terkilan kerana dengan gajinya sebagai pemain sejak 2009, beliau boleh menyelesaikan semua hutangnya tetapi banyak perkara yang disifatkannya ‘bodoh’, telah dilakukannya termasuk lima kad kredit.
“Tahun 2014 saya cuba beli rumah, tetapi permohonan pinjaman tidak lepas. Sebab apa? Sebab pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan lain-lain. Bodoh kan?” tulisnya.
Kebanyakkan nasihatnya adalah tentang kediaman, iaitu memiliki rumah. Antara ayatnya di dalam posting tersebut termasuklah ‘beli rumah’, ‘mana rumah?’ dan ‘belilah selepas beli rumah’. Ini menunjukkan kepetingan untuk memiliki rumah dahulu.
Berikut adalah nasihatnya kepada pemain-pemain bola sepak terutamanya di Malaysia yang sangat berguna untuk dijadikan panduan iaitu:
1) Jgn apply credit card ( kalau tak mampu berdisiplin membayar. )
Fanpage Azmeer Yusof 25
2) Jgn apply personal loan.
3) Simpan duit ( unit amanah, asb, tabung. )
4) Jgn beli kereta dulu ( tak pun beli yg second hand atau yg murah. Nak honda atau toyota baru, belilah selepas beli rumah. )
5) Kurangkan shopping benda2 mahal yg akhirnya tak pakai & letak museum.
6) Beli EMAS & simpan. Time sesak boleh pajak. Time senang tebus balik.
7) Insurans penting, jadi apa2 nanti ada gak tolong cover.
8)Berhenti merokok..! ( Kebanyakkan players merokok. )
9) BELI RUMAH !!!!!
KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA