Siapa sahaja tidak akan memberi pujian sekiranya seseorang pemain mampu meledak hatrik dalam sesuatu perlawanan yang penting dan itulah yang Amri Yahyah kini sedang rasakan.
Penyerang veteran negara itu menjadi tumpuan tatkala ledakan hatrik beliau berjaya membuatkan Kedah Darul Aman sekadar berputih mata dalam aksi keenam Liga Super di Stadium Likas sebelum itu untuk kembali meletakkan Sabah di tangga kedua carta liga mengetepikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.
Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee antara individu yang tidak putus memberi pujian buat Amri pada perlawanan tersebut setelah kejayaan pemain itu berjaya memberi kelegaan buat pasukan untuk kembali meraih tiga mata setelah sebelum itu mereka tewas di tangan Kuala Lumpur City.
Prestasi luar biasa yang dipamerkan penyerang veteran, Amri Yahyah, sehingga meledak hatrik ketika membenam Kedah Darul Aman FC, 4-0 di Stadium Likas mendapat pujian daripada pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.#LigaSuper2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 25, 2022
Menurut Kim Swee, aksi yang ditampilkan Amri menerusi pemain paling berusia tidak akan dapat digugat mana-mana pemain lain pada masa akan datang apatah lagi pada hsia sedemikian beliau masih mampu meledak hatrik dalam aksi tertinggi peringkat domestik.
Pada pendapat Kim Swee juga, apa yang ditampilkan oleh Amri ketika ini wajar dicontohi oleh semua pemain Sabah terutama sekali untuk pemain-pemain muda kerana dalam usia sedemikian, Amri masih konsisten untuk memberi aksi cemerlang buat pasukan.
Hanya 4️⃣ pemain mendahului Amri Yahyah di senarai penjaring terbanyak selepas penyerang veteran Sabah FC ini mencatat hatrik pada malam tadi! ⚽️⚽️⚽️#LigaSuper2022 pic.twitter.com/OwJDMUUfW2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 25, 2022
“Amri kita tahu pemain yang cukup berpengalaman dan bermain agak baik walaupun telah berusia 41 tahun.
“Saya percaya rekod jaringan hatrik beliau sebagai pemain paling berusia dalam saingan Liga Malaysia akan bertahan lama dan tidak akan ada mana-mana pemain mampu lakukan seperti Amri.
“Ini membuktikan kemampuan Amri serta beri keyakinan untuk dirinya malah beliau harus menjadi contoh pemain-pemain muda Sabah untuk bermain sepertinya,” katanya menerusi Arena Metro.
Dalam perlawanan tersebut, Amri berjaya meledak tiga gol pada minit ke-51, 61, dan 72 untuk melengkapkan hatrik sementara pemain import Sabah iaitu Park Tae-su menghasilkan satu jaringan untuk memberi kemenangan besar buat Sabah ke atas Kedah dengan keputusan penuh 4-0.
📹 HIGHLIGHTS: @SabahFCofficial 4-0 @kda_fc
Amri Yahyah meledak hatrik ketika Sabah FC menang besar ke atas Kedah Darul Aman FC di Stadium Likas. Park Tae-su turut mencatat nama sebagai penjaring untuk tuan rumah.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/AAQ3ds5mdb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 24, 2022
Dalam masa sama, pengendali berusia 52 tahun itu juga menghamburkan pujian buat para pemain kendaliannya yang dilihat beraksi dengan sangat cemerlang bagi menyekat kemaraan Kedah untuk meledak walau satu gol.
Pada pendapat Kim Swee, segala kejayaan itu tidak mungkin akan berlaku sekiranya para pemain tidak fokus dan mengekalkan disiplin sehingga ke wisel penamat perlawanan.
“Pemain memainkan peranan serta mengikut arahan yang ditetapkan dan apa kita lihat pada separuh masa pertama, kita berjaya mencipta ruang dan tidak membenarkan Kedah bermain seperti mana mereka lakukan,” katanya.
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!