“Beliau Cepat Sesuaikan Diri” – Aidil Sharin Anggap Sanrawat Detchmitr Aset Kedah Untuk Piala AFC

Kedah Darul Aman (KDA) kini dilihat semakin bermotivasi dalam sesi latihan dengan kehadiran pemain import baharu mereka menjelang aksi Piala AFC yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Bali, Indonesia.

Pasukan kendalian Aidil Sharin ketika ini sudah mendapatkan pemain import baharu mereka yang bakal mengisi kekosongan untuk slot Asean iaitu Sanrawat Detchmitr dari Thailand.

Pemain tengah kebangsaan Thailand itu muka menyertai KDA pada jendela perpindahan kedua musim ini untuk menambah sengat pada bahagian tengah bersama Dechi Marcel dan pemain tempatan lain.

Menurut pengendali KDA iaitu Aidil Sharin Sahak, beliau melihat pemain import tersebut mampu untuk mencapai keserasian secepat mungkin menjelang aksi pertama mereka dalam Piala AFC pada 24 Jun ini.

Tambah beliau, kelebihan dimiliki Sanrawat ketika ini dilihat sebagai suatu aset terbaik buat pasukan serta dapat membantu pengendali dari Singapura itu untuk melancarkan pelan taktikal yang sedang dirancang buat kelab.

“Berdasarkan pengalaman, beliau dilihat cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan dan beliau menggunakan segala pengalaman yang beliau lalui dengan cukup bersemangat.

“Sejak bersama pasukan pada aksi kali pertama menentang Perak FC dan melalui beberapa latihan dalaman sebelum ini, saya yakin beliau kini terus meningkatkan keserasian terbaiknya bersama rakan sepasukan.

“Dalam perlawanan latihan dalaman baru-baru ini juga, beliau mempamerkan aksi cukup bersemangat dengan menghasilkan satu jaringan dan dua bantuan gol ketika pasukan berdepan skuad Piala Presiden Kedah,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, Aidil melihat para pemain ketika ini sedang berada dalam motivasi terbaik sebelum mereka berlepas ke Bali untuk bertemu juara Liga 1 Indonesia iaitu Bali United  bagi perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan G.

Seterusnya mereka bakal menghadapi dua lagi lawan dari Filipina dan Kemboja iaitu Kaya FC dan Visakha FC di Stadium Capt I Wayan Dipta, Bali, Indonesia.

Setakat ini KDA telah menggugurkan Jang Suk-won yang beraksi selaku pertahanan import pasukan dari Korea Selatan dan khidmat Dennis Buschening juga dikhabarkan sudah tamat lebih awal berikutan kecederaan dialami.

Menurut info, kelab kendalian Aidil Sharin ini juga bakal mengikat seorang lagi pemain yang beraksi bersama pasukan kebangsaan Jordan dalam saingan kelayakan Piala Asia sebelum itu di posisi tengah.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN