Belgium Singkirkan Tunisia, Teruskan Kilauan ‘Generasi Emas’ Di Rusia

Kedua-dua pasukan mengekalkan kesebelasan utama yang hampir sama ketika perlawanan pertama masing-masing di dalam Kumpulan G.

Belgium turut kekal dengan formasi 3-4-2-1, manakala Tunisia dengan formasi 4-3-3.

Perlawanan bermula rancak dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

(Photo credit should read KIRILL KUDRYAVTSEV/AFP/Getty Images)

Namun hanya 5 minit perlawanan berlangsung, Belgium dianugerahkan sepakan penalti setelah kapten pasukan Eden Hazard dijatuhkan oleh pertahanan lawan.

Perancang utama pasukan Belgium ini dengan mudah menewaskan penjaga gol Tunisia, Ben Mustapha untuk Belgium mendahului perlawanan 1-0.

Hazard berpeluang menambah kelebihan Belgium pada minit ke-13, namun percubaan beliau selepas menyambar hantaran lintang Muenier menuju tepat ke arah penjaga gol Tunisia.

(Photo credit should read FRANCISCO LEONG/AFP/Getty Images)

Romelu Lukaku kemudiannya tidak mensia-siakan peluang untuk meletakkan Belgium 2-0 di hadapan apabila mudah menyudahkan lorongan Dries Mertens.

Kelebihan 2-0 Belgium hanya kekal seminit, apabila Tunisia segera membalas dengan jaringan Dylan Bronn hasil gerakan set-pieces dari sebelah kanan gawang Belgium untuk kedudukan berubah kepada 2-1.

Malangnya penjaring gol Tunisia tersebut terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Naguez akibat kecederaan pada minit ke-24 perlawanan.

(Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

Seminit selepas gagal menyempurnakan peluang terbuka, Lukaku sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila sekali lagi menyempurnakan lorongan oleh Mertens di minit akhir babak pertama.

Keputusan separuh masa pertama, Belgium 3 Tunisia 1.

Bermula babak kedua perlawanan, Tunisia cuba mengancam untuk mendekatkan kedudukan.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Namun Belgium melalui ketua pasukan, Eden Hazard berjaya melepasi dua pemaim pertahanan lawan, sebelum menolak masuk menewaskan penjaga gol Tunisia untuk Belgium terus melebarkan kedudukan kepada 4-1 pada minit ke-51.

Lukaku dan Hazard kemudiannya dikeluarkan oleh Roberto Martinez bagi memberi laluan kepada Marouane Fellaini dan Michy Batshuayi.

Batshuayi kemudiannya menambah 1 lagi gol untuk Belgium pada minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan terbesar di dalam Piala Dunia setakat ini.

Tatkala ramai menjangka perlawanan sudah berakhir, Tunisia menambah 1 lagi gol di masa kecederaan apabila Khazri menyempurnakan hantaran pendek di dalam kotak penalti Belgium

kedudukan akhir di antara kedua pasukan berakhir dengan keputusan Belgium 5 Tunisia 2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN