Malaysia memiliki sejarahnya yang tersendiri di dalam bola sepak. Namun boleh dikatakan separuh – ataupun mungkin lebih separuh – daripada pencapaian dan kejuaraan pernah dirangkul Harimau Malaya adalah dengan ‘bertuankan’ Almarhum Sultan Ahmad Shah.
Hari ini Malaysia berduka menerima perkhabaran; mangkatnya Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.50 pagi 22 Mei 2019.
Almarhum memang sudah berhadapan dengan isu kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana faktor usia. Namun Almarhum tetap tampil dengan ‘gagah’ di hadapan semua orang.
Bagi peminat bola sepak Malaysia, wajah Almarhum pastinya yang paling dekat dengan kita semua.
Al Fatihah
FAM and all local and international football fraternity are mourning following the passing of the late Sultan Haji Ahmad Shah, at 8.50am today.
Read more at https://t.co/gRzbXI58OL
#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/epMMg6iz4w
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 22, 2019
Almarhum Sultan Ahmad Shah menerajui tampuk pemerintahan FAM pada 1984 Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah. Dan melepaskan jawatan itu pada 2014.
Menjadikan Almarhum sebagai Presiden FAM paling lama dalam sejarah. Maka tidak hairanlah, Almarhum Sultan Ahmad Shah adalah individu yang tahu lebih banyak tentang bola sepak Malaysia, daripada mana-mana individu lain.
Say what you may but Sultan Ahmad Shah was always humble and open to constructive criticism. It was a joy covering him during his days with @FAM_Malaysia. A gem of a man indeed.
You will be missed, Tuanku.
Al-Fatihah and salam takziah to the Pahang royal family. pic.twitter.com/TiEXBi3aMQ— Haresh Deol 🇲🇾 (@HareshDeol) May 22, 2019
Almarhum adalah orang yang paling banyak tersenyum dan menangis bersama kita semua – peminat bola sepak sepanjang hayat baginda.
Dan tidak keterlaluan dikatakan Almarhum adalah orang di ‘belakang’ ketika semua peminat bola sepak meraikan kejayaan tetapi sentiasa menjadi orang yang kental menjadi perisai di hadapan ketika bola sepak Malaysia dikritik.
Almarhum sangat sabar dan sentiasa tenang berhadapan dengan tekanan. Kerana almarhum tahu, baik buruk bola sepak Malaysia, ia tetap produk kita. Salah seorang bekas pegawai almarhum menceritakan betapa cinta dan sayangnya almarhum kepada bola sepak. Sukan yang sentiasa di fikiran Almarhum.
Hampir setiap hari – ketika menjadi presiden – almarhum mencari cara untuk memajukan bola sepak.
Selepas menjadi Presiden FAM, baginda merevolusikan bola sepak dengan pengenalan liga semi-pro pada 1989.
7 tahun selepas itu, liga Malaysia menjengah ke era profesional. Pada 2004, bermulanya era Liga Super. Kesemua era itu berada dalam zaman Almarhum.
Sepanjang 3 dekad berada di kerusi Presiden FAM, Almarhum bersama-sama dengan bola sepak Malaysia menikmati kejayaan seperti juara Pestabola Merdeka 1993, menang emas Sukan SEA 2009 dan 20011. Tak lupa juga kejayaan menjadi juara Asia Tenggara dengan kejuaraan Piala AFF pada 2010.
Datuk Ong Kim Swee turut berkongsi detik di mana; Selepas kekalahan 5-1 Harimau Muda di tangan kelab Hungary, Almarhum tetap datang bertemu dengan pegawai dan pemain untuk memberikan sokongan kepada skuad muda Malaysia.
“Tidak kisahlah walaupun kamu kalah 5-1, corak permainan seperti ini harus kamu terus mainkan. Terusk lakukan perkara yang betul,” kata Almarhum kepada Ong Kim Swee ketika itu.
7 years ago Harimau Muda lost 5-1 to Hungarian side, Ferencvaros & our FAM President at that time, Sultan Ahmad Shah came to visit. He said "It doesn't matter if you lose 5-1. This is the kind of games u have to play. Keep doing the right thing". Thank you for everything. RIP 😔 pic.twitter.com/RBesq3hP0B
— OKS (@OKS_Rhinos) May 22, 2019
Di arena antarabangsa, Almarhum Sultan Ahmad Shah pernah dilantik sebagai Presiden AFC dan juga Presiden AFF. Ketika menjadi Presiden AFC dari 1994-2002, AFC berjaya mendapat tambahan kuota pada Piala Dunia 2002.
Dan ketika menjadi Presiden AFF, Almharhum Sultan Ahmad Shah dan pentadbirannya telah menjenamakan semula Piala Tiger kepada Piala Suzuki AFF yang kini lebih tinggi prestij dan kualitinya.
Untuk negeri jajahannya di Pahang, Almarhum sentiasa menjadi orang no.1 di belakang Tok Gajah/Pahang FA. Jika kita semua terasa dengan kehilangan Almarhum, rakyat Pahang pastinya lebih terasa. Almarhum dikenali dengan personalitinya yang berjiwa rakyat.
Sanggup turun mencemar duli dan melawat rakyatnya yang ditimpa musibah pada bila-bila masa.
Hujan lebat dan cuaca suram seolah olah memahami perginya seorang Sultan Berjiwa Rakyat Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.Kami dlm perjalanan ke Lapangan Terbang TUDM Subang.Jenazah Almarhum baginda dijangka tiba slps Asar dan akn diterbangkan ke Pekan Pahang. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/lirEGrzkTK
— Fareez Azman (@FareezAzmann) May 22, 2019
Penyanyi no.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi keperibadian Almarhum yang sangat disenangi.
Almarhum Sultan Ahmad Shah, Sultan berjiwa rakyat https://t.co/xCyXmKZK0Y #malaysiagazette
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) May 22, 2019
Salah seorang pekerja istana yang bernama Hashimah – pengasuh kepada Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, berkongsi tentang sifat terpuji Almarhum Sultan Ahmad Shah.
Dipetik daripada Awani, Hashimah berkata: “Sepanjang saya mengasuh Al-Sultan Abdullah, Almarhum melayan saya dan pekerja lain dengan baik dan sering bertanya mengenai kebajikan kami.”
“Saya hanya berusia 17 tahun semasa mula bekerja di istana, jadi sudah pasti berasa takut dan gerun apabila bertemu orang besar.
“Takut jika ada yang tersilap apatah lagi anak asuhan saya adalah anak raja. Tapi Almarhum begitu lembut dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya untuk terus bekerja dengan baik,”
Salah seorang rakyat Pahang berkongsi bagaimana orang Pahang kerap terserempak dan bermesra dengan Almarhum di luar. Rakyat Pahang sudah kenal benar dengan sikap Almarhum yang tidak sukakan protokol. Ini kerana Almarhum mahu rakyat selesa mendekatinya. Almarhum juga suka memandu kereta sendiri untuk berjalan keluar sekitar Pahang.
Kasih dan sayangnya kepada rakyat memang tidak boleh dipertikaikan. Almarhum Sultan Ahmad Shah juga dikenali dengan sikapnya yang suka bergurau senda dengan sesiapa sahaja.
Seorang lagi rakyat Pahang yang dikenali sebagai Abdul Kadir berkata beliau sentiasa teringat bagaimana Almarhum menaiki bot untuk menyertai pasukan menyelamat ke sebuah kampung untuk mencari dan menyelamat mangsa lemas.
Salam takziah kepada seluruh rakyat Pahang. Dan pemergian Almarhum Sultan Ahmad Shah adalah kehilangan sebutir permata bagi kita semua.