Belanda Bawa Van Dijk Ke Euro 2020, Apa Peranannya?

Virgil van Dijk Belanda

Meskipun tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan Belanda untuk kempen Euro 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Virgil van Dijk akan tetap dibawa bersama pasukan ke kejohanan tersebut dengan diberikan peranan baharu.

Pemain bintang Liverpool itu telah memutuskan untuk tidak bersama skuad bimbingan Frank de Boer berkenaan bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihannya selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) pada Oktober tahun lalu.

“Dari segi fizikal, saya rasa ia keputusan yang tepat untuk tidak ke Euro dan fokus kepada fasa terakhir pemulihan saya. Walaupun berat, tetapi saya rasa itu yang terbaik,” ujar bekas pemain Southampton tersebut.

Kecederaannya memberi kesan yang cukup besar kepada kempen Liverpool yang gagal memperoleh sebarang kejuaraan sepanjang musim 2020/21 termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi pada musim sebelumnya.

Meskipun begitu, beliau akan mewakili Belanda sebagai duta untuk kempen-kempen sampingan sepanjang kejohanan Eropah tersebut berlangsung.

Menurut sumber dari Daily Mirror, De Boer sendiri yang meminta bantuan kapten pasukan itu untuk menjadi salah seorang anggota tidak rasmi dalam bilik persalinannya.

Jurulatih tersebut percaya semua pemain berbesar hati dengan kehadirannya dan sekaligus akan memberi pengaruh serta impak yang positif kepada pasukan.

https://twitter.com/Gerrard8FanPage/status/1401266245589209092?s=20

“Kehadiran Virgil amat penting untuk skuad ini dan beliau merupakan faktor motivasi yang besar dan penting bagi pemain-pemain sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Anggota pasukan pastinya menyukai kehadirannya,” ujar De Boer.

Van Dijk hadir bersama pasukan pada minggu ini ketika Belanda menghadapi dua perlawanan persahabatan berdepan Scotland (seri 2-2) dan Georgia (menang 3-0) sebagai persiapan akhir sebelum kejohanan bermula.

Belanda yang berada dalam kumpulan C bersama Austria, North Macedonia dan Ukraine diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Malang buat pemain berusia 29 tahun itu memandangkan beliau tidak pernah berpeluang untuk beraksi dalam mana-mana kejohanan utama sepanjang kariernya.

Kali pertama beliau disenarai bersama skuad kebangsaan adalah pada 2015 dan Belanda tidak layak ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018 yang lalu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

5 Kualiti Virgil Van Dijk Yang Dirindui & Buat Liverpool Hilang Arah

Faktor Wang Kaburkan Mata Wijnaldum Sehingga Tolak Barcelona Dan Sertai PSG

Arsenal Melepas, Emiliano Buendia Sertai Aston Villa Dengan Rekod Perpindahan Kelab

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN