Bekas Rakan Sepasukan Aubameyang Sah Sertai Keluarga JDT Bagi Perkasa Serangan

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat semakin gah dalam memperkemaskan skuad mereka apabila menyertai beberapa pemain baharu sebelum itu seperti Daniel Ting dan Jordi Amat di posisi pertahanan.

Kelab tersebut nyata membuat persiapan terbaik mereka bukan sahaja untuk terus mencengkam kejuaraan domestik, malah dalam persediaan untuk mengharungi pusingan kalah mati dalam kejohanan AFC Champions League (ACL) tahun ini.

Sebentar tadi, mereka telah pun mengumumkan khidmat pemain import baharu mereka iaitu Levy Madinda untuk terus mengukuhkan senarai pemain yang kuat bagi menghadapi segal persaingan disertai musim ini.

Pengesahan tersebut dibuat menerusi video pengenalan yang dipaparkan menerusi media sosial rasmi mereka iaitu Johor Southern Tigers untuk para penyokong sebentar tadi.

Madinda bukan lagi satu nama yang asing dalam bola sepak Liga Malaysia (Liga-M), apabila beliau telah pun beraksi bersama Sabah pada tahun lalu selama setengah musim.

Untuk permulaan, dijangka Madinda bakal membantu JDT II di saingan Liga Premier untuk menambah sengat dari sudut kreativiti pada posisi tengah serta serangan kelab tersebut sebelum menyertai pasukan utama.

Tambah kuat faktor tersebut disebabkan JDT II telah pun menamatkan kontrak bekas pemain serangan dari Filipina iaitu Bienvenido Marañón beberapa minggu lalu.

Madinda boleh dianggap sebagai salah seorang pemain import yang sangat cemerlang pada musim lalu ketika bersama Sabah biarpun tidak bersama sehingga penghujung musim.

Daripada 16 perlawanan dihadapi oleh Madinda bersama Sabah, beliau telah pun mencatat empat gol keseluruhan dan konsisten memberi yang terbaik bersama kelab tersebut setiap kali diturunkan dalam kesebelasan utama.

Untuk rekod, Madinda juga merupakan pemain yang beraksi untuk pasukan negaranya iaitu Gabon sejak tahun 2011.

Pemain yang pernah beraksi bersama-sama bintang Eropah iaitu Pierre- Emerick Aubameyang ini kali terakhir membuat penampilan dalam skuad kebangsaan ialah pada tahun lalu ketika menentang Mesir.

Pengalaman Madinda ini dilihat bakal membantu kelab tersebut dari segi sudut kreativitinya yang bagus serta kualiti beliau di bahagian serangan untuk menambah bisa buat pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN