Bekas Presiden FAS Sahkan TMJ Pernah Beri Sumbangan Bantu Pemain

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal akhirnya bersuara dan mengesahkan pasukan itu pernah menerima bantuan kewangan daripada pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Menurut Subahan, sumbangan kewangan itu diterima ketika beliau bergelar Presiden FAS dari 2017-2018.

Pendedahan terbaru daripada Subahan ini mengesahkan apa yang dinyatakan oleh TMJ melalui ciapan twitter baru-baru ini.

Ciapan daripada TMJ pada 21 Mac itu adalah untuk menjelaskan bilakah bantuan tersebut disalurkan selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menafikan pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada kelab lain sejak Julai 2018.

Beliau juga berkata dana kelab itu selama ini hanya diperolehi daripada penaja rasmi dan aktiviti komersil yang rancak dilaksanakan oleh kelab.

“Semua pemain Selangor ketika itu amat menghargai keprihatinan baginda yang sentiasa mengambil berat hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan.

“Sekali lagi di atas budi baginda kepada FAS, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Isu bantuan daripada TMJ timbul selepas baginda mendedahkan pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada beberapa pasukan Liga Malaysia untuk menyelesaikan masalah gaji pemain dalam sidang media di Bukit Jalil Sabtu lalu.

Selain Selangor, TMJ turut mendedahkan pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Penang FC, Melaka United, Kelantan FC dan Perak FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN