Bekas Pertahanan Tottenham Hotspur Calon Naturalisasi Terbaharu Malaysia?

Malaysia nampaknya kini sudah pun memiliki beberapa calon pemain import yang boleh didaftarkan selaku status naturalisasi pada masa hadapan jika dilihat pada ketetapan serta kesesuaian diinginkan oleh skuad kebangsaan.

Pendaftaran pemain naturalisasi untuk skuad kebangsaan bukan lagi suatu yang aneh dalam arena bola sepak Malaysia, setelah kita sudah pun mempunyai beberapa tonggak yang pernah memperkukuhkan Harimau Malaya suatu ketika di pentas antarabangsa.

Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Lee Tuck, serta Guilherme de Paula antara nama yang suatu ketika pernah memperkuatkan Harimau Malaya di posisi masing-masing.

Malah, ketika ini pemain seperti Romel Morales, Paulo Josue, Sergio Aguero, serta Endrick dos Santos masih lagi ditagih dan menjadi sebahagian daripada tunjang utama kekuatan pasukan kebangsaan kita.

Menerusi pengalaman serta kualiti dimiliki mereka sedikit sebanyak dianggap mampu mengurangkan sedikit kelompongan yang terdahulu gagal untuk diisi pemain tempatan lebih berkualiti bagi diketengahkan.

Untuk calon akan datang, Harimau Malaya juga dijangka bakal mendapat sentuhan berbisa Bergson da Silva serta Manuel Hidalgo khususnya di posisi serangan utama kebangsaan.

Terbaharu, nama Giancarlo Gallifuoco pula dikaitkan selaku calon pemain naturalisasi baharu skuad Harimau Malaya setelah ia dikongsikan sendiri oleh Harian Metro.

Pertahanan Kuala Lumpur City (KL City) yang pernah beraksi untuk Tottenham Hotspur itu dianggap calon ideal untuk memperkukuhkan lagi jentera pertahanan Harimau Malaya menerusi saiz fizikal, teknik, serta pengalaman dimiliki.

Malah, Giancarlo sendiri sentiasa bersedia untuk mewakili pasukan kebangsaan andai diberi peluang pada suatu hari nanti.

“Kecuali bahasa, semua aspek lain dalam hidup saya sudah seperti orang Malaysia bermula dengan anak perempuan saya yang dilahirkan di sini, sahabat dan rakan saya, kecintaan saya terhadap budaya dan juga makanan di sini.

“Apa yang paling penting adalah bagaimana negara ini menyambut kedatangan saya dan juga isteri. Ia satu penghormatan (mewakili Malaysia) dan cita-cita saya untuk rumah baharu saya,” ujar beliau menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Giancarlo tidak menghadapi sebarang masalah untuk menukar kewarganegaraan demi memberi sumbangan kepada pasukan kebangsaan.

“Saya adalah orang Australia berketurunan Itali tetapi saya sudah meninggalkan kampung halaman sejak saya berusia 15. Saya tidak pernah kembali ke bandar saya selepas ini.

“Dalam kehidupan dewasa saya, saya lebih banyak menghabiskan kehidupana saya di Malaysia daripada Australia. Jadi di sini adalah rumah saya,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN