Bekas Pertahanan Negara Tak Sabar Untuk Kembali Perkuatkan Sri Pahang

Bekas pertahanan kebangsaan, Fadhli Shas mengakui sedia untuk diturunkan oleh pasukannya kini iaitu Sri Pahang untuk aksi seterusnya selepas berehat seketika akibat masalah kecederaan.

Fadhli yang menyertai Sri Pahang musim ini tidak mengambil masa lama untuk memberikan impak terbaik buat pasukan tersebut di posisi pertahanan dengan lebih efektif.

Malah, pemain ini juga menjadi antara tulang belakang utama untuk aksi konsisten Tok Gajah sejak awal musim dan mempunyai persefahaman cukup positif bersama rakan sepasukan lain.

Walaupun begitu, ianya sedikit terganggu buat Fadhli ketika ini kerana dirundung masalah kecederaan yang tidak membenarkan diri beliau untuk beraksi di atas padang.

Sepanjang tempoh kecederaan dialami pemain itu, Fadhli sudah pun terlepas tiga perlawanan bersama Sri Pahang termasuk aksi pembukaan Piala Malaysia 2023.

Untuk laporan semasa, dinyatakan ketika ini pertahanan tinggi lampai itu semakin pulih daripada kecederaan dan sedia untuk kembali memperkuatkan jentera pertahanan Sri Pahang.

“Ketika ini, saya dalam proses pemulihan dan sedia disenaraikan apabila berdepan kelab M3, Harini Selangor FT dalam saingan Piala Malaysia pada 20 Ogos ini.

“Kesakitan yang dialami ini berlaku sudah lama tetapi ia semakin serius sebelum Sri Pahang berdepan Perak FC pada 30 Julai lalu.

“Alhamdulillah, selepas lebih dua minggu ini, kesakitan yang dialami semakin pulih dan sedia diturunkan selepas ini.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada keputusan ketua jurulatih, Fandi Ahmad,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Berita Harian mengenai status semasa beliau.

Fadhli menjadi antara rekrut terbaharu Sri Pahang musim ini selain beberapa lagi pemain bintang yang turut memperkuatkan pasukan tersebut bawah kendalian jurulatih berpengalaman Fandi Ahmad.

Tampil dengan pengalaman yang luas, aksinya itu pasti dirindui para penyokong setia Tok Gajah musim ini selepas ketiadaannya di atas padang kerana status kecederaan telah dialami dan memberi kesan buat corak permainan Sri Pahang.

Untuk aksi seterusnya, dijangka Fadhli mungkin akan kembali disenaraikan oleh Fandi Ahmad bagi memastikan Sri Pahang mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Harini FT.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN