Bekas Pertahanan Kebangsaan Belanda Jadi Pilihan Terengganu Musim 2024/2025

Terengganu dilaporkan bakal menandatangni bekas pemain kebangsaan Belanda bawah 19 (B-19) untuk memperkukuhkan jentera pertahanan mereka bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim akan datang.

Laporan tersebut dinyatakan menerusi Harian Metro dengan pertahanan tersebut bernama Matthew Steenvoorden bakal ditandatangani oleh Terengganu untuk mengisi slot pemain import pasukan berkenaan.

Untuk rekod, Matthew beraksi bersama Pakhtakor Tashkent pada musim lalu dalam saingan utama Uzbekistan dan bakal memulakan karier sulung beliau di benua Asia Tenggara.

Menerusi laporan itu juga, proses untuk Sang Penyu menandatangani pemain tersebut juga kini berjalan lancar dan berkemungkinan ia bakal diumum secara rasmi tidak lama lagi.

Selain itu, pengendali berpengalaman Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner juga turut bersetuju akan pemain berkenaan untuk memastikan Matthew menjadi milik Terengganu musim hadapan.

“Alhamdulillah setakat ini proses untuk mengikat bekas pemain skuad remaja kebangsaan Belanda itu berjalan dengan lancar dan positif.

“Pemain berusia 31 tahun itu bakal mengisi di posisi pertahanan tengah bagi menggantikan bekas pemain Uzbekistan musim lalu, Sardor Kulmatov yang tidak disambung kontrak.

“Bagaimanapun pemain itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara rasmi, jika pemain itu gagal melepasi ujian itu, mungkin kita akan mencari pemain lain sebagai pengganti,” kata kenyataan tersebut di Harian Metro.

Rekod lalu menyaksikan Matthew memulakan karier beliau bersama Feyenoord di Belanda sebelum mewakili Excelsior serta Dordrecht selaku status pinjaman di negara tersebut.

Pemain berusia 31 tahun itu memulakan karier beliau buat pertama kali di Asia pada tahun lalu bersama Pakhtakor Tashkent dan seterusnya bakal memperkuatkan Terengganu pada saingan hadapan.

Untuk pasukan kebangsaan, Matthew pernah mewakili Belanda B-19 sebanyak lapan kali dan berjaya merekodkan satu jaringan secara keseluruhannya dengan kali terakhir beraksi pada tahun 2012 sewaktu menentang Perancis.

Selain Matthew, setakat ini Terengganu turut mempunyai seorang pertahanan import yang dilaporkan menanti masa untuk menjadi pemain naturalisasi seterusnya iaitu Argzim Redzovic.

Malah, secara keseluruhan Sang Penyu memiliki rantaian pemain pertahanan tempatan berkualiti untuk dipertaruhkan seperti Shahrul Nizam Ros Hasni, Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan, dan beberapa tongak lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN