Bekas Penyerang Terengganu Terima Gelaran Penjaring Gol Terbanyak Sepanjang Zaman Indonesia

Bekas penyerang import Terengganu, David da Silva kini boleh dianggap sebagai antara pemain paling mencuri tumpuan sejak beberapa musim beliau di Indonesia menerusi ketajamannya di hadapan gawang gol.

Beraksi bersama Persib Bandung musim ini, David tampil cemerlang meledak 21 gol bersama tujuh bantuan jaringan daripada 27 penampilan di saingan Liga 1 Indonesia.

Terbaharu, pemain ini turut menerima anugerah selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman di sana selepas era Liga 1 dimulakan pada tahun 2017.

Apa yang dilakukan David itu kini jelas sesuatu cukup hebat, apatah lagi beliau turut memintas rekod penjaring terbanyak sebelum ini, Ilija Spasojevic.

Spasojevic bukan lagi satu nama yang asing di Indonesia, apabila beliau pernah membantu Bhayangkara FC menjuarai saingan liga pada tahun 2017 serta dua kali buat Bali United.

Sebelum itu, Spasojevic juga antara penyerang import yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) lalu bersama Melaka United dengan rekod jaringan cukup menyakinkan.

Pada musim 2021/2022 pemain yang digelar ‘SpasoGoal’ itu pernah meraih gelaran penjaring terbanyak untuk saingan Liga 1 Indonesia bersama Bali United menerusi rekod 23 gol.

Berbalik kepada David, ianya dianggap sangat pelik buat pemain tersebut kerana beliau tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan bersama pasukan atau individu sepanjang beraksi di Indonesia.

Pemain kelahiran Brazil itu juga langsung tidak pernah memenangi sebarang gelaran selaku penjaring terbanyak liga walaupun merekodkan jumlah gol cukup positif di sana.

Kecuali untuk musim ini apabila beliau sudah pun hampir pasti untuk memenangi gelaran tersebut, sekali gus memastikan ianya bakal menjadi detik sulung buat David.

David sebenarnya hampir mendapat gelaran tersebut pada musim awal beliau di Indonesia pada tahun 2018 ketika beliau menandatangani kontrak bersama Persebaya Surabaya.

Bersama Persebaya ketika itu, David sudah pun merekodkan 20 gol namun gelaran itu dinafikan oleh seorang lagi pemain import iaitu Aleksandar Rakic yang meledak 21 jaringan.

Walaupun hebat di Indonesia, rekod penyerang itu jelas tidak konsisten ketika beliau beraksi seketika di Korea Selatan bersama Pohang Steelers, serta Terengganu dalam aksi Liga M sebelum beliau membuat keputusan untuk kembali semula ke Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN